Video tular harimau belang: Perhilitan lakukan siasatan di lokasi - Exco

KLUANG – Sebuah rakaman video yang tular memaparkan seekor harimau belang muncul di semak berhampiran Kampung Rahmat, Sri Lalang di sini mencetuskan kebimbangan penduduk.
Dalam video berdurasi satu minit 36 saat itu, harimau tersebut dilihat bergerak perlahan di celah semak.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara ( Perhilitan) Johor telah menerima laporan berhubung insiden itu.
Jelas beliau, anggota dan pegawai Perhilitan sudah bergerak ke lokasi untuk membuat siasatan.
“Bagi mereka yang ternampak hidupan liar, jangan cuba mendekati atau mengganggu haiwan tersebut kerana ia boleh membahayakan diri.
"Sila kekal menjauhi kawasan berkenaan dan buat laporan segera kepada polis atau Perhilitan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Rakaman video itu juga menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial, dengan ramai pengguna berkongsi rasa terkejut dan cemas.
Rata-rata mereka berharap pihak berkuasa cepat ambil tindakan kerana bahaya untuk penduduk selain meminta mereka yang laluan di situ lebih berhati-hati.
Ringkasan AI
- Rakaman video harimau belang di Kampung Rahmat, Sri Lalang, Kluang tular di media sosial
- Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri menyatakan Perhilitan Johor telah menerima laporan kejadian itu
- Anggota dan pegawai Perhilitan melakukan siasatan di lokasi
- Penduduk dinasihatkan jangan mendekati atau mengganggu harimau bagi mengelakkan bahaya
- Reaksi di media sosial menunjukkan rasa terkejut dan cemas, berharap pihak berkuasa bertindak segera
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

