Imam baca doa tolak wabak guna pembesar suara

Contoh doa yang dikongsikan oleh JAIPk menerusi Facebook agensi itu hari ini.
Contoh doa yang dikongsikan oleh JAIPk menerusi Facebook agensi itu hari ini.
A
A
A

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menggalakkan imam yang bertugas di masjid dan surau di negeri ini membaca doa menolak wabak penyakit menggunakan pembesar suara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, menjadi kebiasaan sebelum ini, masjid dan surau di Perak memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran menggunakan pembesar suara.

Beliau berkata, bagaimanapun pihak masjid dan surau dibenar meneruskan bacaan ayat suci al-Quran menggunakan pembesar suara sepanjang PKP dengan beberapa panduan.

Mohd Yusop
Mohd Yusop

"Masjid atau surau diharap tidak memasang terlalu kuat memperdengarkan ayat suci al-Quran di corong pembesar suara masjid atau surau.

"Selain itu juga, tempoh masa laungan ayat suci al-Quran di pembesar suara masjid atau surau diperdengarkan tidak terlalu lama," katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook Jabatan Agama Islam Negeri Perak, hari ini.

Sebelum ini, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mengeluarkan arahan supaya semua masjid dan surau tidak diadakan solat Jumaat serta solat fardu berjemaah sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, bagi memastikan syiar Islam terus dilaksanakan, hanya tiga pegawai masjid atau surau iaitu imam, bilal dan siak dibenarkan untuk azan serta solat berjemaah sebagai memastikan tuntutan fardu kifayah iaitu solat berjemaah dipenuhi.

Artikel Berkaitan: