'Saya hadir beri keterangan di Bukit Aman sebagai saksi' - Pensyarah UIA

KUALA LUMPUR - Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Prof Dr Syaza Farhana Mohamad Shukri berkata, kehadirannya ke Bukit Aman pada 10 Mac lepas adalah sebagai saksi siasatan polis berkaitan laporan sebuah media yang memetik kenyataannya pada 2024.
Beliau berkata, kehadirannya ke Bukit Aman itu juga bukan sebagai suspek dalam siasatan polis berhubung pandangannya yang disiarkan dalam laporan South China Morning Post pada 26 Disember 2024 berkaitan peranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Pulau Batu Puteh.
"Jadi, saya nak jelaskan… polis panggil saya pun bukan sebab nak siasat quote (petikan) saya itu... tetapi sebagai saksi. Sesi soal siasat berlangsung selama satu jam setengah.
"Memang dari waktu mereka (polis) panggil itu, memang dah saya (rasa) pelik. Saya tanya, sebab apa? (sebab saya dipanggil) dan (mereka jawab) sebagai saksi sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semetara itu, Persatuan Pelajar Sains Politik UIA dalam kenyataan hari ini turut mempersoalkan motif Bukit Aman, dengan menegaskan kenyataan Syaza Farhana dibuat dengan niat baik dan mencerminkan kebebasan akademik di Malaysia serta kebebasan universiti daripada campur tangan politik. - Bernama
Ringkasan AI
- Pensyarah Sains Politik UIA, Prof Dr Syaza Farhana dipanggil ke Bukit Aman sebagai saksi berkaitan laporan media
- Kehadiran Prof Dr Syaza di Bukit Aman bukan sebagai suspek tetapi berkaitan pandangannya dalam South China Morning Post tentang Tun Dr Mahathir dan Pulau Batu Puteh
- Sesi soal siasat berlangsung selama satu jam setengah
- Syaza Farhana mempersoalkan sebab dipanggil oleh polis dan diberitahu hanyalah sebagai saksi
- Persatuan Pelajar Sains Politik UIA menyatakan kenyataan Syaza dibuat dengan niat baik, mencerminkan kebebasan akademik dan universiti di Malaysia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
