Siasatan MEX II: Adam Radlan akan tampil beri keterangan

Azam
Azam
A
A
A

PUNCAK ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad akan memberikan keterangan dalam tempoh terdekat berhubung siasatan projek pembinaan Lebuh Raya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau MEX II.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Adam telah memberi jaminan untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihaknya.

“Sebelum ini, Adam berada di luar negara. Kini kita perlukan bantuannya dan SPRM telah berhubung dengan beliau dalam tempoh terdekat baru-baru ini.

“Beliau juga telah memberi maklum balas kepada SPRM dan peguamnya, Tan Sri Shafee Abdullah turut menghantar surat kepada kami bagi memberikan jaminan berkaitan perkara itu,” katanya ketika ditemui dalam Program SPRM - UiTM Inspira 2025: Hari Integriti & Kepimpinan di UiTM Cawangan Puncak Alam pada Rabu.

Difahamkan ketika ini Adam berada di United Kingdom dan akan kembali ke Malaysia dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Adam membantu siasatan berkaitan projek MEX II yang menghubungkan Persimpangan Putrajaya ke KLIA.

Untuk rekod, Adam sebelum ini turut disiasat berkaitan projek Jana Wibawa. Bagaimanapun, beliau telah dilepas dan dibebaskan daripada 12 pertuduhan rasuah serta pengubahan wang haram.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Suzana Hussin, membuat keputusan itu selepas dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh, bahawa SPRM bersetuju menawarkan kompaun berjumlah RM4.1 juta kepada Adam Radlan berdasarkan representasi yang dikemukakan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad akan memberi keterangan berkaitan siasatan projek Pembinaan Lebuh Raya Putrajaya ke KLIA
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyatakan Adam telah memberi jaminan untuk bekerjasama sepenuhnya
  • Adam sebelum ini tidak berada dalam negara namun telah berhubung dengan SPRM dan beri maklum balas positif
  • Peguam Adam, Tan Sri Shafie Abdullah telah menghantar surat jaminan kerjasama kepada SPRM
  • Adam sebelum ini disiasat berkait projek Jana Wibawa dan telah dilepaskan dari 12 pertuduhan rasuah serta pengubahan wang haram dengan kompaun RM4.1 juta

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!