SPR nafi PRU16 diadakan 24 Oktober 2026

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan maklumat tular di media sosial yang mendakwa Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan diadakan pada 24 Oktober 2026.
SPR dalam satu kenyataan memaklumkan, poster yang memaparkan kononnya hari penamaan calon pada 10 Oktober 2026 dan hari pengundian pada 24 Oktober 2026 adalah tidak benar.
"Berita tidak benar. Elakkan daripada menyebarkan kandungan yang mengelirukan, termasuk konteks tidak benar, sumber yang samar serta imej yang telah dimanipulasi atau direka,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, tular info memaparkan tarikh-tarikh penting penting PRU16 termasuklah hari penamaan calon dan hari pengundian.
Hantaran terbabit turut menyatakan draf SPR menuju PRU16 sudah keluar kali pertama sesi awal tahun 2026, sekali gus orang awam diminta menunggu pembubaran parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Malaysia.
Kandungan terbabit turut memaklumkan bahawa tempoh paling lewat untuk diadakan pilihan raya terbabit adalah pada Mac 2027.
Ringkasan AI
- SPR menafikan maklumat tular mengenai tarikh PRU16 pada 24 Oktober 2026.
- Poster tentang hari penamaan calon dan hari pengundian adalah tidak benar.
- SPR menggesa orang ramai mengelakkan menyebarkan berita palsu.
- Informasi mengenai tarikh penting PRU16 telah tersebar sebelum ini.
- Draf SPR menuju PRU16 disebut telah keluar awal tahun 2026 dengan pilihan raya paling lewat diadakan pada Mac 2027
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

