Kilang proses kaolin haram digempur, rampasan RM6.26 juta

Serbuan di sebuah kilang di Tanjung Rambutan itu membawa kepada penahanan enam individu termasuk seorang lelaki tempatan yang dipercayai pengarah syarikat.
Serbuan di sebuah kilang di Tanjung Rambutan itu membawa kepada penahanan enam individu termasuk seorang lelaki tempatan yang dipercayai pengarah syarikat.
A
A
A

IPOH – Polis menggempur sebuah kilang yang memproses bahan mineral jenis kaolin secara haram dengan nilai rampasan dianggarkan RM6.26 juta dalam satu Op Bersepadu Khazanah yang dijalankan pada Khamis.

Operasi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) itu turut melibatkan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak serta Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Komander Briged Utara PGA, Balveer Singh Mahindar Singh berkata, serbuan di sebuah kilang di Tanjung Rambutan itu membawa kepada penahanan enam individu termasuk seorang lelaki tempatan yang dipercayai pengarah syarikat.

Menurutnya, turut ditahan ialah seorang lelaki warga China, tiga lelaki warga Bangladesh serta seorang wanita warga Indonesia yang disyaki terlibat dalam aktiviti memproses mineral tanpa kelulusan pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaan lanjut di premis tersebut menemui sejumlah besar tanah putih atau kaolin yang sedang diproses selain pelbagai mesin dan jentera yang digunakan bagi tujuan pemprosesan bahan mineral berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kira-kira 45,000 tan tanah putih atau kaolin yang ditemui di dalam premis tersebut bersama peralatan pemprosesan dianggarkan bernilai RM6,265,000.

Selepas diproses menjadi gred yang lebih tinggi, kaolin berkenaan kemudian dijual pada harga lebih mahal bagi pasaran tempatan dan antarabangsa.
Selepas diproses menjadi gred yang lebih tinggi, kaolin berkenaan kemudian dijual pada harga lebih mahal bagi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Katanya, siasatan awal mendapati kilang haram itu dipercayai telah beroperasi sejak kira-kira setahun lalu dengan modus operandi membeli tanah putih campuran dari kawasan kuari kaolin sebelum diproses di kilang berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Bahan tersebut akan melalui beberapa proses seperti menapis, mencuci dan memampatkan bagi mengasingkan mineral kepada pasir serta kaolin tulen untuk meningkatkan kualiti bahan tersebut.

“Selepas diproses menjadi gred yang lebih tinggi, kaolin berkenaan kemudian dijual pada harga lebih mahal bagi pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Perlesenan) 2016 serta Akta Pembangunan Mineral 1994 (Akta 525).

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) akta sama serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Ringkasan AI

  • Polis menggempur kilang memproses kaolin secara haram di Ipoh dengan rampasan RM6.26 juta
  • Serbuan melibatkan kerjasama PDRM, JMG Perak, dan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh
  • Penahanan enam individu termasuk pengarah syarikat dan pekerja asing dari China, Bangladesh, dan Indonesia
  • Kira-kira 45,000 tan kaolin berserta mesin pemprosesan ditemui di premis
  • Kilang haram beroperasi sejak setahun lalu, meningkatkan kualiti kaolin untuk pasaran tempatan dan antarabangsa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!