KESS sasar buka kilang proses produk emas baharu, terpakai

Mohd Hafizal menyempurnakan gimik pelepasan belon udara sempena perasmian Cawangan KESS Shah Alam. FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid
Mohd Hafizal menyempurnakan gimik pelepasan belon udara sempena perasmian Cawangan KESS Shah Alam. FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid
A
A
A

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS) yang terkenal dengan cogan kata ‘Soorga Emas Preloved’ menyasarkan untuk membuka kilang memproses produk emas baharu dan terpakai bernilai lebih RM22 juta di kawasan perindustrian Puncak Alam menjelang Hari Raya Aidiladha pada Mei depan.

Ahli Lembaga Pengarah KESS, Shaaini Md Jumaat berkata, rancangan pembukaan Kilang Emas Sri Semantan itu bagi memenuhi permintaan peniaga emas tempatan sekali gus untuk membantu pengguna memiliki emas dengan harga lebih murah atau berpatutan berbanding harga pasaran semasa.

“Kita sudah ada perjanjian persefahaman (MoU) dengan beberapa peniaga emas dan mereka menantikan pembukaan atau kewujudan Kilang Emas Sri Semantan ini kerana mereka kata setakat ini kita pegang rekod sebagai penjual barangan emas terpakai atau preloved paling murah.

“Sebab apa kita boleh jual murah? Sebab kita ada teknik dan taktik tersendiri, jadi pekedai emas tempatan lain mahu berkolaborasi dengan kita. Lebih penting, kita tahu kalau mereka dapatkan bekalan daripada Kilang Emas Sri Semantan, mereka boleh jual dengan harga yang lebih baik daripada sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Cawangan Keenam KESS di Seksyen 7, Shah Alam pada Sabtu yang dirasmikan Pengasas merangkap Pengerusi KESS, Mohd Hafizal Mahmood.

No Image Caption

Shaani berkata, jumlah keseluruhan kos operasi kilang berjumlah RM22 juta secara berperingkat melibatkan tiga fasa.

“Pelaburan fasa pertama bernilai RM5.6 juta termasuk penyediaan mesin dan fasiliti pemprosesan, manakala fasa kedua dan ketiga akan lebih menumpukan infrastuktur tambahan sesuai dengan perkembangan semasa,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Berkongsi lanjut, Shaaini memaklumkan, setakat ini Kilang Emas Sri Semantan yang berkeluasan kira-kira 0.1 hektar sudah 45 peratus siap dengan pelaburan awal termasuk pemasangan mesin telah menelan belanja kira-kira RM5.6 juta.

Katanya, KESS menyasarkan pembukaan kilang terbabit menjelang Aidiladha nanti bagi memenuhi permintaan pekedai dan pengguna yang lazimnya tinggi pada musim perayaan.

Orang ramai menyerbu Cawangan Keenam KESS di Seksyen 7, Shah Alam kerana ditawarkan potongan harga sebanyak RM20 bagi pembelian barangan kemas 916. FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid
Orang ramai menyerbu Cawangan Keenam KESS di Seksyen 7, Shah Alam kerana ditawarkan potongan harga sebanyak RM20 bagi pembelian barangan kemas 916. FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid

“Kita jangka kilang ini paling awal akan mula beroperasi menjelang Hari Raya Korban tapi kalau ada kesukaran atau masalah yang kita hadapi, mungkin pembukaannya selewat-lewatnya selepas tiga atau empat hari sambutan Aidiladha sebab kita tetap mahukan vibes atau suasana hari raya.

“Dari segi pengeluaran pula, kita sasarkan nilai pengeluaran harian kilang ini sebanyak tujuh ke lapan kilogram emas bagi memenuhi permintaan pasaran bagi kesemua kedai milik kita sahaja dan tidak termasuk permintaan pasaran luar,” ujarnya.

B berkongsi lanjut, Shaaini memaklumkan, setakat ini Kilang Emas Sri Semantan yang berkeluasan kira-kira 0.1 hektar sudah 45 peratus siap dengan pelaburan awal termasuk pemasangan mesin telah menelan belanja kira-kira RM5.6 juta.

“Dari segi pengeluaran pula, kita sasarkan nilai pengeluaran harian kilang ini sebanyak tujuh ke lapan kilogram emas bagi memenuhi permintaan pasaran bagi kesemua kedai milik kita sahaja dan tidak termasuk permintaan pasaran luar,” ujarnya.

Mohd Hafizal (tengah) yang diiringi Shaani (kiri) dan Mohd Sharif menantangani plak perasmian Cawangan Keenam KESS di Seksyen 7, Shah Alam pada Sabtu. FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid
Mohd Hafizal (tengah) yang diiringi Shaani (kiri) dan Mohd Sharif menantangani plak perasmian Cawangan Keenam KESS di Seksyen 7, Shah Alam pada Sabtu. FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid

Sementara itu, Mohd Hafizal berkata, pihaknya turut menyasarkan pembukaan 30 cawangan KESS di seluruh Malaysia setelah kedai pertama mereka dibuka di Temerloh selepas Aidiladha tahun lalu sebelum cawangan seterusnya dibuka di Jengka dan Kuantan, Pahang; Bandar Baru Tunjong, Kelantan serta Ipoh, Perak.

Menurutnya, kedai terbabit yang menjual barang-barang kemas preloved diperkenalkan bagi memudahkan pelanggan dan juga merealisasikan misi syarikat tersebut supaya semua orang berkemampuan untuk membeli, memakai dan menyimpan emas.

“Saya namakan Kedai Emas Sri Semantan sempena mengambil nama tempat Kuala Semantan di Temerloh. Semantan itu sendiri diambil dari nama pahlawan Melayu dan orang Melayu pula memang dikenali sebagai orang yang ada kuasa serta kuat.

“Semangat itu yang meresap ke jiwa saya serta memberi inspirasi kepada untuk menubuhkan kedai emas ini.

Mohd Hafizal melayani pelanggan yang menyerbu KESS Shah Alam sempena pembukaan cawangan itu pada Sabtu. FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid
Mohd Hafizal melayani pelanggan yang menyerbu KESS Shah Alam sempena pembukaan cawangan itu pada Sabtu. FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid

“Apatah lagi penjualan barang-barang kemas terpakai yang kita lakukan sebelum adanya kedai sejak dua tahun lalu mendapat sambutan hangat daripada orang ramai, bukan sahaja dari Temerloh malah dari Johor, Perak dan Kelantan,” ujarnya.

Ahli Lembaga Pengarah KESS, Mohd Sharif Saman pula berkatam selagi KESS wujud, pihak syarikat ingin melihat semua pelanggan mereka dan seluruh rakyat Malaysia memiliki sekurang-kurangnya satu kilogram emas setiap seorang sebagai simpanan.

“Ramai yang bertanya kenapa KESS cepat melonjak bermula dari satu cawangan sehingga ke cawangan keenam hari ini. Ia didorong konsep kedai emas kita yang mengutamakan pelanggan dan ahli.

Mohd Hafizal, Shaaini dan Mohd Sharif berkesempatan beramah mesra bersama pelanggan pada pelancaran pembukaan Cawangan Keenam KESS di Seksyen 7, Shah Alam. FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid
Mohd Hafizal, Shaaini dan Mohd Sharif berkesempatan beramah mesra bersama pelanggan pada pelancaran pembukaan Cawangan Keenam KESS di Seksyen 7, Shah Alam. FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid

“Kita berkongsi keuntungan syarikat seberapa yang boleh dengan pelanggan-pelanggan supaya kita dapat pelanggan yang setia dan alhamdulillah setakat hari ini kita ada lebih 40,000 ahli seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan Sekyen 7, Mohd Sharif menyifatkan pemilihan lokasi itu tepat untuk menjadikan kawasan berkenaan sebagai lubuk emas.

Sempena pelancaran KESS cawangan Shah Alam promosi harga runtuh bagi barangan kemas 916 iaitu potongan harga RM20 untuk satu gram berbanding harga semasa sepanjang tiga hari iaitu dari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

 

Ringkasan AI

  • Kedai Emas Sri Semantan Sdn Bhd berencana membuka kilang baru bernilai lebih RM22 juta di Puncak Alam menjelang Hari Raya Aidiladha
  • Kilang ini bertujuan memenuhi permintaan emas tempatan dan menyediakan emas dengan harga lebih murah
  • Kos operasi kilang secara keseluruhan ialah RM22 juta, dengan pelaburan awal RM5.6 juta untuk fasiliti dan mesin
  • Kilang berkeluasan 0.1 hektar itu dijangka mula beroperasi menjelang Hari Raya Aidiladha, dengan harapan menghasilkan 7-8 kilogram emas sehari
  • KESS berhasrat membuka 30 cawangan di seluruh Malaysia, bertujuan memudahkan pembelian emas preloved bagi semua lapisan masyarakat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!