Kabin simpanan mercun, kanopi jualan musnah dalam kebakaran

Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman bagi memastikan api tidak merebak ke kawasan berhampiran.
Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman bagi memastikan api tidak merebak ke kawasan berhampiran.
A
A
A

​KEMAMAN - Ruang simpanan bekalan mercun dalam sebuah kabin bersama sebuah kanopi jualan hangus dalam kebakaran di Kampung Gong Limau, Chukai di sini awal pagi Jumaat.

​Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi itu, struktur kanopi yang digunakan untuk menjual bahan bakar berkenaan musnah sepenuhnya, manakala kabin simpanan pula dilaporkan terbakar 50 peratus.

​Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 4.15 pagi.

​Menurutnya, seramai 22 anggota dari BBP Chukai dan BBP Kemaman dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

​"Setibanya pihak bomba di lokasi, api sedang marak dan terdapat beberapa siri letupan mercun yang berlaku di dalam kabin berkenaan.

​"Anggota bertindak menjalankan operasi pemadaman bagi memastikan api tidak merebak ke kawasan berhampiran," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Jumaat.

Keadaan kabin simpanan dan kanopi jualan mercun yang terbakar dalam kejadian awal pagi Jumaat.
Keadaan kabin simpanan dan kanopi jualan mercun yang terbakar dalam kejadian awal pagi Jumaat.

​Mengulas lanjut, Mohamad Hanif memberitahu, pihaknya mengambil masa kira-kira 19 minit untuk mengawal api sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya jam 5.10 pagi.

Artikel Berkaitan:

​Bagaimanapun, beliau mengesahkan tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

​"Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian yang dialami mangsa masih dalam siasatan," katanya.

Ringkasan AI

  • Kebakaran terjadi di Kampung Gong Limau, Chukai menghanguskan ruang simpanan bekalan mercun dan kanopi jualan
  • Kanopi jualan musnah sepenuhnya manakala kabin simpanan terbakar 50 peratus
  • Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.15 pagi
  • Seramai 22 anggota bomba terlibat dalam operasi pemadaman yang mengambil masa 19 minit
  • Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dalam insiden tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!