Ribut petir, hujan lebat diramal landa beberapa negeri

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 7 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk diramal berlaku di Melaka, Negeri Sembilan dan Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
Selain itu, Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Bera), Johor (Tangkak, Segamat dan Muar), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Sibu), Mukah (Daro dan Matu), Kapit (Belaga), Miri (Telang Usan) dan Limbang.
Sementara itu, di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Tongod) serta Wilayah Persekutuan Labuan. - Bernama
Ringkasan AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk hingga 7 malam
- Cuaca buruk melibatkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang
- Negeri terlibat termasuk Melaka, Negeri Sembilan dan Perak serta beberapa kawasan lain Kawasan di Timur termasuk Terengganu dan Pahang juga terjejas Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan turut terkena dampak cuaca buruk
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
