Ibu pelakon Ida Nerina meninggal dunia

Allahyarham Marina menghembuskan nafas terakhir pada 5.16 petang di sebuah hospital swasta di ibu negara. Foto Awani
Allahyarham Marina menghembuskan nafas terakhir pada 5.16 petang di sebuah hospital swasta di ibu negara. Foto Awani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ibu kepada pelakon Ida Nerina, Datuk Marina Md Yusoff meninggal dunia pada Rabu akibat sakit tua.

Allahyarham Marina, 84, menghembuskan nafas terakhir pada 5.16 petang di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Ketika dihubungi Bernama, Ida Nerina memaklumkan ibunya menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga.

Jenazah akan disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada 10 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini.

Allahyarham adalah bekas ahli politik dan usahawan serta pernah terlibat dalam dunia korporat. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ibu kepada pelakon Ida Nerina, Datuk Marina Md Yusoff meninggal dunia akibat sakit tua
  • Marina berusia 84 tahun ketika meninggal
  • Meninggal di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur
  • Jenazah di solatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara
  • Marina adalah bekas ahli politik dan usahawan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!