Wanita 63 tahun lahirkan bayi selepas anak tunggal meninggal dunia

Wanita berusia 63 tahun selamat lhirkn bayi menerusi kaedah IVF
Wanita berusia 63 tahun selamat lhirkn bayi menerusi kaedah IVF
A
A
A

SONGYUAN - Seorang wanita berusia 63 tahun di China menarik perhatian ramai selepas selamat melahirkan bayi perempuan melalui kaedah persenyawaan in vitro (IVF), kira-kira setahun selepas kehilangan anak tunggalnya.

Wanita dari wilayah Jilin itu melahirkan bayi berkenaan melalui pembedahan Caesarean pada 4 Mac lalu di sebuah hospital di Songyuan, kira-kira dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan kelahiran.

Menurut laporan media tempatan, bayi yang dilahirkan seberat 2.8 kilogram itu berada dalam keadaan sihat, termasuk ibunya.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu menjadi perhatian di media sosial China selepas dilaporkan hamil melalui IVF pada usia lanjut susulan kematian anak lelakinya pada Februari tahun lalu.

Anak lelaki wanita itu yang berusia 35 tahun merupakan satu-satunya zuriat hasil perkahwinannya dengan suami sebelum meninggal dunia akibat kanser.

Menurut wanita berkenaan, kematian anak tunggalnya menyebabkan suasana rumah mereka menjadi sunyi dan suram.

"Selepas kematian anak, saya dan suami benar-benar kehilangan kata-kata. Rumah kami terasa sangat sunyi.

"Sejak saya hamil, kami merasai kegembiraan setiap hari. Tanpa bayi ini, kami mungkin tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Wanita itu turut memaklumkan bahawa dia dan suaminya menerima pencen gabungan sebanyak 10,000 yuan (RM6,600) sebulan selain memperoleh sedikit pendapatan daripada perniagaan kecil.

Artikel Berkaitan:

Wanita itu mendakwa keluarganya mempunyai gen umur panjang kerana kedua-dua ibu bapanya hidup melebihi usia 90 tahun.

Doktor yang merawatnya turut memaklumkan tahap kesihatannya lebih baik berbanding ramai individu yang lebih muda.

"Saya percaya boleh hidup sehingga sekurang-kurangnya 80 tahun.

"Tambahan pula, anak saudara saya berjanji akan menjaga bayi ini selepas saya dan suami tiada lagi,” katanya.

Untuk rekod, China melaksanakan dasar satu anak secara ketat dari akhir 1970-an hingga 2015.

Ringkasan AI

  • Wanita berusia 63 tahun di China melahirkan bayi perempuan melalui IVF setahun selepas kehilangan anak tunggalnya
  • Bayi tersebut dilahirkan melalui pembedahan Caesarean dan kedua-duanya dalam keadaan sihat
  • Wanita itu hamil susulan kematian anak lelakinya yang berusia 35 tahun akibat kanser
  • Pasangan ini merasa kehidupan mereka menjadi lebih bermakna dengan kehadiran bayi tersebut setelah kehilangan anak tunggal
  • Keluarga ini memiliki gen umur panjang dan telah membuat perancangan penjagaan untuk bayi tersebut selepas mereka tiada lagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!