Hutan berhampiran Plaza Tol Putrajaya terbakar

Bomba sedang giat menjalankan operasi memadam kebakaran kawasan hutan bukit seluas kira-kira 0.8 hektar berhampiran Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) petang ini.- Gambar hiasan
Bomba sedang giat menjalankan operasi memadam kebakaran kawasan hutan bukit seluas kira-kira 0.8 hektar berhampiran Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) petang ini.- Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang giat menjalankan operasi memadam kebakaran kawasan hutan bukit seluas kira-kira 0.8 hektar berhampiran Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), petang ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sepasukan 21 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan, dengan bantuan BBP Cyberjaya, dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 4.12 petang.

"Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan menggunakan dua aliran hos sepanjang 60 meter dengan dua pancutan pam jentera serta kaedah firebeater. Kebakaran tidak melibatkan mangsa atau struktur," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Fadlee Kamaruddin berkata, tindakan pantas pasukan bomba setakat petang ini berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan perumahan berdekatan.

"Operasi masih diteruskan bagi memastikan kebakaran dipadam sepenuhnya,” katanya. - Bernama

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kuala Lumpur mengalami kebakaran hutan seluas 0.8 hektar berhampiran Plaza Tol Putrajaya
  • Sejumlah 21 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan dengan bantuan Cyberjaya dikejarkan ke lokasi
  • Operasi memadam menggunakan dua aliran hos sepanjang 60 meter dan dua pancutan pam serta kaedah firebeater
  • Kebakaran tidak melibatkan mangsa atau struktur bangunan
  • Tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan perumahan berdekatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!