Pembakaran sengaja punca enam hektar kawasan hutan terbakar - Bomba

Keadaan kawasan hutan di Salak Tinggi, Sepang terbakar pada Jumaat. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Keadaan kawasan hutan di Salak Tinggi, Sepang terbakar pada Jumaat. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
A
A
A

SEPANG - Pembakaran secara sengaja oleh pihak tidak bertanggungjawab dipercayai punca kebakaran hutan seluas kira-kira enam hektar di Salak Tinggi di sini pada Jumaat.

Ketua Pengarah Bomba, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, panggilan kecemasan diterima pihaknya pada jam 4.32 petang.

Menurutnya, sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA, BBP Sepang, BBP Dengkil dan BBP Cyberjaya telah dikejarkan ke lokasi.

"Kebakaran kawasan hutan di lereng bukit telah merebak sehingga keluasan kira-kira 6 ekar (2.43 hektar). Tiada mangsa dilaporkan terlibat.

"Komander operasi memaklumkan bahawa pada jam 11.30 malam, kebakaran tersebut telah merebak sehingga 15 ekar (6 hektar). Api marak disebabkan tiupan angin yang kencang," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, bagaimanapun tiada mangsa terlibat dalam insiden terbabit.

Kata Nor Hisham, api berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira jam 5 pagi, Sabtu.

"Siasatan awal mendapati punca dipercayai akibat pembakaran terbuka. Bomba menegaskan agar orang ramai tidak melakukan perbuatan sedemikian khususnya di kawasan belukar atau hutan," ujarnya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kebakaran hutan di Salak Tinggi, Sepang disebabkan pembakaran sengaja
  • Panggilan kecemasan diterima pada jam 4.32 petang Jumaat
  • Pasukan bomba dari beberapa balai dikejarkan ke lokasi
  • Kebakaran merebak sehingga 6 hektar tanpa melibatkan mangsa
  • Api dipadam sepenuhnya pada jam 5 pagi, Sabtu dan pembakaran terbuka dipercayai punca kejadian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!