Agong berkenan tunai zakat RM10 juta

Sultan Ibrahim berkenan menunaikan bayaran zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim berkenan menunaikan bayaran zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menunaikan bayaran zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Seri Paduka Baginda hari ini.

Menerusi hantaran berkenaan, turut dimuat naik beberapa keping gambar ketika Seri Paduka Baginda melafazkan pembayaran zakat harta.

Cek zakat diserahkan oleh Seri Paduka Baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Mohd Radzi Mohd Amin di Istana Pelangi, di sini.

Penyerahan disaksikan Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Nasri Md Ali. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menunaikan bayaran zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini
  • Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Seri Paduka Baginda
  • Seri Paduka Baginda melafazkan pembayaran zakat harta
  • Cek zakat diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Mohd Radzi Mohd Amin di Istana Pelangi
  • Penyerahan disaksikan Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah JAINJ Nasri Md Ali

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!