'Mini Dhaka' Jalan Silang diserbu

Pegawai JIM melaksanakan pemeriksaan ke atas warga asing di sekitar Lebuh Pudu, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pegawai JIM melaksanakan pemeriksaan ke atas warga asing di sekitar Lebuh Pudu, Kuala Lumpur pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kawasan sekitar Lebuh Pudu di sini yang menerima jolokan 'mini Dhaka' ekoran serbuan berskala besar ke atas pendatang asing tanpa izin (PATI) sebelum ini terus dipantau Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Selasa.

Pemeriksaan bermula kira-kira jam 2.45 petang dari kawasan Masjid Jamek sehingga Jalan Silang itu dijalankan menerusi tindakan Inspektorat Penguatkuasaan JIM Putrajaya.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, seramai 823 warga asing telah diperiksa secara rawak sepanjang operasi dijalankan.

"Kesemua warga asing yang diperiksa mempunyai pas lawatan dan dokumen yang sah untuk berada di dalam negara ini sama ada untuk bekerja atau melancong.

"Pemeriksaan hari ini melibatkan warga asinh dari Myanmar, Bangladesh, Pakistan dan juga Jerman. Keberadaan mereka di sini didapati secara sah," katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi di sini pada Selasa.

Turut hadir Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen, Basri Othman.

Lokman (kanan) hadir mengetuai Inspektorat Penguatkuasaan yang dijalankan JIM Putrajaya di sekitar Lebuh Pudu, Kuala Lumpur pada Selasa.
Lokman (kanan) hadir mengetuai Inspektorat Penguatkuasaan yang dijalankan JIM Putrajaya di sekitar Lebuh Pudu, Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengulas lanjut, kata Lokman, operasi seumpama itu dijalankan setiap hari di seluruh negara dengan memfokuskan kawasan-kawasan 'hostspot'.

Jelasnya, ia bagi memastikan warga asing yang berada di dalam negara ini mematuhi undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai sedia maklum bahawa lokasi ini (Jalan Silang) ini merupakan salah satu 'hotspot' yang menjadi tempat kunjungan warga asing. Kita ada banyak hotspot dan setiap kawasan ini tidak bebas atau pun berluasa untuk melakukan kesalahan imigresen.

"Pihak JIM akan sentiasa membuat pemantauan dan pemeriksaan ke atas semua kawasan-kawasan ini dari semasa ke semasa," ujarnya.

 

Ringkasan AI

  • Kawasan sekitar Lebuh Pudu di Kuala Lumpur dipantau oleh Jabatan Imigresen Malaysia
  • Pemeriksaan bermula dari kawasan Masjid Jamek hingga Jalan Silang
  • Seramai 823 warga asing telah diperiksa dan semua mempunyai dokumen sah
  • Operasi ini melibatkan warga asing dari Myanmar, Bangladesh, Pakistan, dan Jerman
  • Operasi pemeriksaan ini dijalankan setiap hari di kawasan hotspot untuk memastikan kepatuhan akta imigresen

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!