Wanita nekad turun parit selamatkan anjing terperangkap

Perkongsian Lieza mendapat ribuan tanda suka dan komen yang menzahirkan penghargaan terhadap tindakan wanita itu.
Perkongsian Lieza mendapat ribuan tanda suka dan komen yang menzahirkan penghargaan terhadap tindakan wanita itu.
A
A
A

SHAH ALAM – Tindakan seorang wanita yang nekad turun ke dalam parit bagi menyelamatkan seekor anjing yang dipercayai terperangkap selama beberapa hari meraih perhatian warganet di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok milik Lieza Zainy, dia dilihat turun ke dalam parit sempit yang dipenuhi air bagi membantu haiwan tersebut keluar dari kawasan berkenaan.

Wanita itu memegang anjing tersebut sebelum mengangkatnya naik ke atas permukaan dalam keadaan hujan.

Menurut Lieza, pada awalnya dia menyangka anjing berkenaan mampu keluar sendiri dari parit tersebut.

Namun katanya, apabila melihat haiwan itu masih berada di situ keesokan hari dan dipercayai mengalami kecederaan pada kaki, dia mengambil keputusan untuk turun dan membawanya keluar.

"Sehari sebelum itu saya fikir anjing itu boleh naik sendiri. Keesokan harinya saya nampak ia masih ada dan keadaan kakinya seperti terseliuh.

“Saya nekad turun ke dalam parit dan bawa naik ke atas," katanya.

Perkongsian Lieza turut menerima ribuan tanda suka serta ratusan komen daripada warganet yang memuji tindakan wanita itu kerana menunjukkan sikap prihatin terhadap haiwan berkenaan.

Disamping itu ramai pengguna media sosial turut menzahirkan penghargaan dengan mendoakan agar wanita tersebut dimurahkan rezeki serta dilindungi dalam kehidupannya.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Tindakan seorang wanita menyelamatkan anjing yang terperangkap dalam parit mendapat perhatian di media sosial
  • Wanita itu turun ke dalam parit yang berair untuk membantu haiwan tersebut
  • Dia mengangkat anjing tersebut keluar dari parit dalam keadaan hujan
  • Pada mulanya, wanita itu menyangka anjing itu boleh naik sendiri tetapi kemudian menyedari haiwan tersebut mengalami kecederaan
  • Perbuatan wanita itu dipuji oleh netizen, banyak yang mendoakan kebaikan untuknya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!