Lelaki maut, dua kanak-kanak cedera kereta terbakar langgar jentera berat

Keadaan Toyota Vios yang terbakar kira-kira 80 peratus selepas terbabit kemalangan dengan jentera berat JCB di Jalan Kota Tinggi–Kluang berhampiran Ladang Tabung Haji di Kluang. Foto JBPM Johor
Keadaan Toyota Vios yang terbakar kira-kira 80 peratus selepas terbabit kemalangan dengan jentera berat JCB di Jalan Kota Tinggi–Kluang berhampiran Ladang Tabung Haji di Kluang. Foto JBPM Johor
A
A
A

KLUANG - Seorang lelaki maut manakala dua kanak-kanak cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah jentera berat jenis JCB sebelum terbakar dalam kejadian di Jalan Kota Tinggi–Kluang berhampiran Ladang Tabung Haji, awal pagi Isnin.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Nor Salihin, 37, yang juga bapa tiri kepada dua kanak-kanak perempuan terbabit iaitu Nawwal Husna, 7, serta kakaknya, Isyah Radiah Mohd Aizam, 10.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II ( PBKII) Juazman Miskon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.37 tengah malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam digerakkan ke lokasi kejadian.

Kemalangan mengakibatkan pemandu kereta maut, manakala dua penumpang kanak-kanak cedera. Foto JBPM Johor
Kemalangan mengakibatkan pemandu kereta maut, manakala dua penumpang kanak-kanak cedera. Foto JBPM Johor

Menurutnya, sepasukan 11 anggota bersama dua jentera termasuk bantuan dari BBP Bandar Tenggara tiba di lokasi kira-kira jam 12.58 tengah malam.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati sebuah kereta Toyota Vios terbakar kira-kira 80 peratus akibat kemalangan dengan sebuah jentera berat JCB.

“Pemandu kereta, lelaki berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Anggota memadamkan kebakaran kereta berkenaan. Foto JBPM Johor
Anggota memadamkan kebakaran kereta berkenaan. Foto JBPM Johor

Beliau berkata, dua penumpang kereta berkenaan iaitu kanak-kanak perempuan berusia 10 dan 7 tahun mengalami kecederaan sebelum dihantar ke hospital menggunakan kenderaan awam.

Menurutnya, pemandu jentera JCB berusia 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum kereta itu terbakar.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu dengan sumber air daripada jentera,” katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto JBPM Johor
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto JBPM Johor

Katanya, operasi berjaya dikawal pada jam 1.20 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.46 pagi selepas pemeriksaan dilakukan bagi memastikan tiada mangsa lain terlibat.

Jelasnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ringkasan AI

  • Lelaki maut dan dua kanak-kanak cedera selepas kemalangan antara Toyota Vios dan JCB di Jalan Kota Tinggi–Kluang
  • Panggilan kecemasan diterima jam 12.37 tengah malam, Bomba Renggam tiba di lokasi jam 12.58 tengah malam
  • Kereta terbakar kira-kira 80 peratus selepas bertembung dengan JCB
  • Pemandu JCB, berusia 29 tahun, selamat tanpa kecederaan
  • Operasi pemadaman dan penyelamatan berakhir jam 2.46 pagi, mayat diserahkan kepada polis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!