125,000 penjawat awam Gred 1 akan dinaikkan ke Gred 5

Anwar menyampaikan ucapan semasa hadir pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga KPDN pada Isnin. Foto Bernama
Anwar menyampaikan ucapan semasa hadir pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga KPDN pada Isnin. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [KEMAS KINI] Seramai 125,000 pembantu tadbir, pengkeranian dan kewangan Gred 1 bakal dinaikkan kepada Gred 5 bermula Januari tahun hadapan.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mendapati terdapat keperluan untuk meningkatkan kedudukan kumpulan penjawat awam berkenaan yang dilihat masih berada pada gred terlalu rendah walaupun pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah dilaksanakan.

Menurutnya, perkara tersebut sering dibangkitkan dalam mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz bagi menilai pelaksanaan skim berkenaan.

"Walaupun ada kenaikan ikut SSPA tetapi ada keperluan untuk jaga kategori yang terlalu rendah ini ditingkatkan," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini pada Isnin. 

Ujar beliau, bagi menambah baik peluang laluan kerja, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diminta untuk menyediakan laluan kenaikan gred kumpulan tersebut. 

"Syaratnya iaitu tempoh kelayakan perkhidmatan dan mengikuti kursus khas sekitar dua minggu, JPA sedang uruskan itu.

"Kita mahu pastikan dia ikuti perkembangan kelayakannya, sedikit pendedahan tentang teknologi maklumat (IT), itu saja. 

"Maknanya dalam tempoh enam bulan KSN maklumkan kita boleh selesaikan kursus," jelas Anwar. 

Sementara itu, Shamsul Azri ketika ditemui pemberita memaklumkan laluan kenaikan pangkat ini adalah antara penambahbaikan yang dilaksanakan dibawah SSPA.

Artikel Berkaitan:

“Syarat utama (dapatkan kenaikan pangkat) adalah kena jalani kursus. JPA akan tentukan (syarat lain nanti) kerana ia inisiatif dan kita akan mulakan Januari 2027,” katanya.

Ringkasan AI

  • Seramai 125,000 pembantu tadbir, pengkeranian dan kewangan Gred 1 bakal dinaikkan kepada Gred 5 bermula Januari tahun hadapan
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan keperluan untuk meningkatkan kedudukan penjawat awam tersebut
  • Keperluan ini timbul kerana penjawat awam berada pada gred terlalu rendah walaupun ada pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam
  • Isu ini sering dibangkitkan dalam mesyuarat dengan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
  • Terdapat kenaikan gaji mengikut SSPA tetapi masih ada keperluan untuk meningkatkan kedudukan kategori yang terlalu rendah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!