X

Kindly register in order to view this article
!

Pengurus jualan mengaku tidak bersalah maki polis

Poh King diiring Suraj (kiri) selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini hari ini.
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Seorang pengurus jualan yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap polis dalam sekatan jalan raya di Kota Damansara Selasa lalu mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tong Poh King, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahirah Abdul Salim.

Mengikut pertuduhan, Poh King didakwa berkelakuan kurang sopan terhadap anggota polis dengan berkata ‘idiot’ (bodoh).

Poh King diiring Suraj (kiri) selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini hari ini.
Poh King diiring Suraj (kiri) selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini hari ini.

Bagi pertuduhan kedua pula, wanita itu didapati dengan sengaja menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Persiaran Surian menghala masuk ke Pelangi Damansara pada jam 9.40 pagi, 31 Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kata 'you all are idiots' kepada polis ditahan

Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100 manakala pertuduhan kedua, dia dituduh mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Poh King diiring Suraj (kiri) selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini hari ini.
Poh King diiring Suraj (kiri) selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris manakala tertuduh diwakili Peguam Datuk Suraj Singh.

Terdahulu, Mohamad Firdaous memohon mahkamah memberi kadar jaminan setimpal sebagai tauladan kepada tertuduh, namun dibantah oleh Suraj kerana Poh King memberi kerjasama yang baik sebelum ini malah ia merupakan kesalahan pertama anak guamnya.

Mahkamah membenarkan Poh King diikat jamin sebanyak RM1,000 bagi pertuduhan pertama manakala RM 3,000 bagi pertuduhan kedua, sementara menunggu sebutan kes yang akan dijalankan pada 20 Mei depan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus