'Setahun bergelar wakil rakyat, banyak dah projek diluluskan'

Mohamad Yusri (tengah) menyantuni sebahagian penerima Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama 2026 DUN Ayer Kuning di Dewan Serbaguna Kampung Tersusun Haji Tahir pada Ahad.
Mohamad Yusri (tengah) menyantuni sebahagian penerima Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama 2026 DUN Ayer Kuning di Dewan Serbaguna Kampung Tersusun Haji Tahir pada Ahad.
A
A
A

TAPAH - Pelbagai projek pembangunan telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sepanjang setahun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Dr Mohamad Yusri Bakir memikul amanah sebagai wakil rakyat baharu.

Projek berkenaan melibatkan penambahbaikan kemudahan asas bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat.

Menurut Mohamad Yusri, antara projek yang diberi keutamaan termasuk kerja baik pulih jalan dan jambatan selain penyelenggaraan masjid serta surau yang menjadi kemudahan penting kepada masyarakat setempat.

“Kita banyak projek yang telah diluluskan termasuk berkaitan baik pulih jalan dan jambatan. Selain itu, ada juga kerja-kerja baik pulih masjid dan surau yang menjadi keperluan asas masyarakat.

"Kita juga berusaha untuk menyelaraskan permohonan mereka yang memerlukan kerja baik pulih rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama 2026 DUN Ayer Kuning di Dewan Serbaguna Kampung Tersusun Haji Tahir di sini pada Ahad.

Mohamad Yusri berkata, berdasarkan rekod semasa, tiada kes miskin tegar direkodkan di kawasan DUN Ayer Kuning.

Bagaimanapun katanya, usaha memastikan kebajikan masyarakat terus terbela akan diperkukuh melalui pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan.

“Kita akan sentiasa berusaha memastikan kehidupan masyarakat sentiasa terpelihara dan kebajikan mereka terus diberikan perhatian,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam majlis berkenaan, seramai 100 kanak-kanak dan remaja daripada keluarga kurang berkemampuan menerima baucar bernilai RM150 setiap seorang bagi membantu persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pemilihan penerima dibuat berdasarkan kelayakan dengan keutamaan diberikan kepada golongan daripada kategori B40.

 

Ringkasan AI

  • Pelbagai projek pembangunan diluluskan di DUN Ayer Kuning untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk
  • Projek utama meliputi kerja baik pulih jalan dan jambatan serta penyelenggaraan masjid dan surau
  • Usaha menyelaraskan permohonan kerja baik pulih rumah juga dilakukan
  • Tiada kes miskin tegar direkodkan di kawasan DUN Ayer Kuning, namun kebajikan masyarakat terus diprioritaskan
  • Seramai 100 kanak-kanak dan remaja dari keluarga kurang berkemampuan menerima baucar RM150 untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!