10 peluru berpandu Iran paling berkuasa

Iran memiliki salah satu simpanan peluru berpandu paling besar dan canggih di Asia Barat
Iran memiliki salah satu simpanan peluru berpandu paling besar dan canggih di Asia Barat
A
A
A

IRAN memiliki salah satu simpanan peluru berpandu paling besar dan canggih di Asia Barat dengan sistem yang berupaya menyerang sasaran pada jangkauan pendek hingga lebih 2,500 kilometer (km).

Ia merangkumi pelbagai jenis misil termasuk balistik jarak sederhana, hipersonik, dan cruise dengan kelajuan yang boleh mencapai Mach 15 iaitu lebih 18,500 kilometer sejam (km/j).

Keupayaan tersebut menjadikan Teheran antara negara dengan teknologi pertahanan strategik yang paling maju di rantau berkenaan di samping meningkatkan kapasiti ketenteraan dan keupayaan untuk menembusi sistem pertahanan musuh.

Berikut ialah 10 peluru berpandu yang membuktikan kehebatan Iran.

1. Sejjil

Jenis: Peluru berpandu balistik dua peringkat (bahan api pepejal)

Jarak jangkauan: 2,000 – 2,500km

Kelajuan: Mach 12 – Mach 14 (14,820 – 17,290km/j)

Kepala peledak: 600 – 1,000 kilogram (kg)

Artikel Berkaitan:

Ciri utama:

>Peluru berpandu jarak jauh paling penting dalam simpanan senjata Iran dan paling digeruni musuh.

>Bahan api pepejal membolehkan pelancaran lebih cepat dan lebih sukar dikesan sebelum dilancarkan.

>Direka untuk serangan strategik jarak jauh dan mempunyai beberapa versi.

No Image Caption

2. Khorramshahr-4 (Kheibar)

Jenis: Peluru berpandu balistik jarak sederhana

Jarak jangkauan: kira-kira 2,000km

Kelajuan: Mach 8 – Mach 10 (9,880 – 12,350km/j)

Kepala peledak: 1,500 – 1,800kg (paling berat)

Ciri utama:

>Ketepatan sasaran yang lebih baik berbanding versi lama.

>Antara peluru berpandu dengan kuasa letupan paling besar.

No Image Caption

3. Fattah

Jenis: Peluru berpandu hipersonik

Jarak jangkauan: Kira-kira 1,400 – 1,500km

Kelajuan: Mach 13 – Mach 15 (16,055 – 18,525 km/j)

Kepala peledak: ~500 – 1,000kg

Ciri utama:

>Berupaya ubah haluan semasa terbang untuk mengelak sistem pertahanan.

>Sukar dipintas sistem pertahanan biasa kerana kelajuan hipersonik.

>Antara teknologi paling maju dan terdapat versi Fattah-2 yang lebih canggih.

No Image Caption

4. Emad

Jenis: Peluru berpandu balistik jarak sederhana

No Image Caption

Jarak jangkauan: Kira-kira 1,700 – 2,000km

Kelajuan: Mach 7 – Mach 9 (8,645 – 11,115km/j)

Kepala peledak: 750kg

Ciri utama:

>Salah satu peluru berpandu dengan ketepatan tinggi.

>Menggunakan sistem panduan yang boleh dikawal ketika memasuki atmosfera.

No Image Caption

5. Ghadr-110

Jenis: Peluru berpandu balistik jarak sederhana

Jarak jangkauan: Kira-kira 1,800 – 2,000km (11,115 – 12,350km/j)

Kelajuan: Mach 9 – Mach 10

Kepala peledak: 750 – 1,000kg

Ciri utama:

>Versi yang dipertingkat daripada Shahab-3.

>Masa persediaan pelancaran lebih singkat.

No Image Caption

6. Shahab-3

Jenis: Peluru berpandu balistik jarak sederhana

Jarak jangkauan: Kira-kira 1,300km

Kelajuan: Mach 7 – Mach 8 (8,645 – 9,880km/j)

Kepala peledak: 650 – 1,000kg

Ciri utama:

>Salah satu peluru berpandu strategik milik Teheran sejak awal 2000-an.

>Menjadi asas kepada beberapa peluru berpandu Iran yang lebih moden.

No Image Caption

7.Kheibar Shekan

Jenis: Peluru berpandu balistik bahan api pepejal

Jarak jangkauan: Kira-kira 1,450km

Kelajuan: Mach 8 – Mach 10 (9,880 – 12,350km/j)

Kepala peledak: 600 – 700kg

Ciri utama:

>Direka untuk menembusi sistem pertahanan peluru berpandu.

>Masa pelancaran sangat pantas.

No Image Caption

8. Haj Qasem

Jenis: Peluru berpandu balistik jarak sederhana

Jarak jangkauan: Kira-kira 1,400km

Kelajuan: Mach 10 – Mach 12 (12,350 – 14,820km/j)

Kepala peledak: ~500kg

Ciri utama:

>Ketepatan tinggi terhadap sasaran strategik.

>Boleh dilancarkan dari pelancar mudah alih.

No Image Caption

9. Hoveyzeh

Jenis: Misil cruise jarak jauh

Jarak jangkauan: Kira-kira 1,350km

Kelajuan: Mach 0.8 – Mach 0.9 (988 – 1,110km/j)

Kepala peledak: 450kg

Ciri utama:

>Terbang pada ketinggian rendah untuk mengelak radar.

>Berketepatan tinggi untuk sasaran darat.

No Image Caption

10. Zolfaghar

Jenis: Peluru berpandu balistik jarak pendek hingga sederhana

Jarak jangkauan: Kira-kira 700km

Kelajuan: Mach 5 – Mach 6 (6,175 – 7,410km/j)

Kepala peledak: 50kg

Ciri utama:

>Berketepatan tinggi dan beri impak lebih kuat ke atas sasaran darat.

>Sukar dikesan dan dipasang pada pelancar bergerak.

 

 

Ringkasan AI

  • Iran memiliki salah satu simpanan peluru berpandu paling besar dan canggih di Asia Barat
  • Pelbagai jenis misil termasuk balistik jarak sederhana, hipersonik, dan cruise dengan kelajuan mencapai Mach 15
  • Keupayaan ini menjadikan Teheran antara negara dengan teknologi pertahanan strategik yang maju
  • Peluru berpandu Iran merangkumi Sejjil, Khorramshahr-4, Fattah, Emad, Ghadr-110 sebagai contoh kehebatannya
  • Misil-misil ini direka untuk serangan strategik jarak jauh dan mempunyai ketepatan tinggi serta sukar dikesan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!