Warga emas rugi lebih RM70,000 diperdaya 'phone scam'

Mangsa yang ketakutan telah membuat sebanyak 21 kali pembayaran ke akaun berbeza dari tempoh 12 Jun hingga 27 September 2025. Gambar hiasan
Mangsa yang ketakutan telah membuat sebanyak 21 kali pembayaran ke akaun berbeza dari tempoh 12 Jun hingga 27 September 2025. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pesara wanita warga emas kerugian sebanyak RM76,113 selepas diperdaya sindiket penipuan telefon atau phone scam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pada pertengahan Jun tahun lepas mangsa yang berusia 70 tahun itu telah dihubungi suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

Beliau berkata, suspek mendakwa mangsa didapati terlibat dengan kegiatan jenayah dan akan dikenakan waran tangkap.

"Suspek mengarahkan mangsa supaya membuat sejumlah pembayaran untuk mengelak ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang.

"Mangsa yang ketakutan telah membuat sebanyak 21 kali pembayaran ke akaun berbeza dari tempoh 12 Jun hingga 27 September 2025," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata, mangsa yang berasal dari daerah Kuala Terengganu menyedari ditipu setelah usaha menghubungi suspek untuk mendapatkan perkembangan kes gagal.

Mangsa kemudian membuat laporan polis pada 11.17 pagi semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pesara wanita warga emas di Kuala Terengganu kerugian RM76,113 akibat phone scam
  • Pesara berusia 70 tahun itu dihubungi oleh suspek yang menyamar sebagai pegawai polis
  • Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam jenayah dan terancam waran tangkap
  • Mangsa dibujuk untuk membuat 21 pembayaran ke akaun berbeza untuk mengelak tindakan undang-undang
  • Mangsa menyedari telah ditipu selepas gagal menghubungi suspek dan membuat laporan polis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!