Al-Quran wahana penting bimbing umat Islam hadapi cabaran semasa - PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Fail Bernama
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sejarah yang terpahat dalam al-Quran tidak wajar dipandang ringan, malah menjadi wahana penting untuk memperbaiki kedudukan manusia, mengambil ibrah daripada pengalaman silam dan membimbing umat menghadapi cabaran semasa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sempena sambutan Nuzul Quran hari ini, Perdana Menteri berkata, Ramadan bukan sekadar sarat dengan rutin ibadah puasa, tilawah al-Quran dan tarawih, tetapi turut mengangkat peristiwa agung penurunan wahyu yang menjadi mukjizat dengan daya transformasi luar biasa.

"Melaluinya, masyarakat jahiliah berjaya dibentuk menjadi khayra ummah, sebagaimana generasi para sahabat yang dikenal sebagai generasi al-Quran,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata, al-Quran bukan sekadar memenuhi maqasid penurunannya dalam memperkukuh akidah dan memuliakan insan, tetapi juga merakamkan misi islah melalui kisah sejarah perjuangan para rasul sebagai pedoman umat.

"Moga kita menjadikan al-Quran sebagai pedoman yang memandu langkah kita, memperkukuh akidah, memaknai kehidupan serta membina sebuah masyarakat yang sejahtera dan berperadaban," kata Perdana Menteri. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sejarah dalam al-Quran penting untuk memperbaiki kedudukan manusia
  • Anwar Ibrahim berbicara sempena sambutan Nuzul Quran, menekankan peranan al-Quran dalam membimbing umat
  • Penurunan wahyu disebut sebagai mukjizat dengan daya transformasi
  • Al-Quran membentuk masyarakat jahiliah menjadi khayra ummah
  • Al-Quran dijadikan sebagai pedoman untuk memperkukuh akidah dan memaknai kehidupan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!