Penggawa gerak Pertubuhan Sinar Kasih Kelantan bela golongan asnaf

Majlis Berbuka Puasa anjuran PSKK meraikan anak yatim, pelajar tahfiz dan OKU di Pantai Bisikan Bayu, Semerak pada 3 Mac lalu.
Majlis Berbuka Puasa anjuran PSKK meraikan anak yatim, pelajar tahfiz dan OKU di Pantai Bisikan Bayu, Semerak pada 3 Mac lalu.
A
A
A

PASIR PUTEH - Jawatan penggawa dalam masyarakat Melayu di Kelantan sinonim dengan kepimpinan yang dihormati kerana kebijaksanaan, keprihatinan serta keupayaan menyantuni rakyat.

Di daerah Semerak, tradisi kepimpinan itu diteruskan oleh tokoh akademik, Dr Mustafa Ahmad yang memiliki kelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Atas kesedaran itu, Mustafa mengambil inisiatif menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Pertubuhan Sinar Kasih Kelantan (PSKK).

Mustafa (baju hijau) dan pimpinan PSKK menyantuni anak yatim, pelajar tahfiz dan OKU yang hadir.
Mustafa (baju hijau) dan pimpinan PSKK menyantuni anak yatim, pelajar tahfiz dan OKU yang hadir.

“Usaha kebajikan yang digerakkan ini tidak hanya tertumpu di Kelantan, malah mendapat sokongan daripada pelbagai pihak di seluruh negara,” katanya.

Antara program terbaharu ialah Majlis Berbuka Puasa bersama kira-kira 160 anak yatim, pelajar tahfiz dan OKU dari seluruh Kelantan di sebuah restoran di Pantai Bisikan Bayu, Semerak pada 3 Mac lalu.

Dalam pada itu, Mustafa turut merakamkan penghargaan kepada ahli kumpulan WhatsApp Bicara Minda Nusantara (BMN) yang banyak memberi sokongan kepada penganjuran program tersebut.

Artikel Berkaitan:

Mustafa (tengah) meraikan anak-anak yatim, anak tahfiz dan oku dalam majlis berbuka puasa.
Mustafa (tengah) meraikan anak-anak yatim, anak tahfiz dan oku dalam majlis berbuka puasa.

Menurutnya, kumpulan itu mempunyai kira-kira 1,020 ahli yang terdiri daripada ahli akademik, tokoh politik, pegawai tadbir kerajaan, pesara serta tokoh masyarakat dari pelbagai latar belakang.

“Dalam tempoh seminggu, ahli kumpulan ini berjaya mengumpulkan sumbangan kira-kira RM13,000 bagi menjayakan program berbuka puasa ini.

“Kami membuka ruang kepada orang ramai untuk menyumbang bagi menjayakan lebih banyak program kebajikan,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam Pertubuhan Sinar Kasih Kelantan 03090010078795.

Ringkasan AI

  • Jawatan penggawa di Kelantan dihormati kerana kepimpinan bijak dan prihatin
  • Dr Mustafa Ahmad menubuhkan NGO Pertubuhan Sinar Kasih Kelantan (PSKK)
  • Usaha kebajikan PSKK mendapat sokongan pelbagai pihak di seluruh negara
  • Majlis Berbuka Puasa diadakan untuk anak yatim, pelajar tahfiz dan OKU di Kelantan
  • Kumpulan WhatsApp Bicara Minda Nusantara mengumpul RM13,000 untuk program berbuka puasa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!