Anwar tuntut komitmen penjawat awam jayakan aspirasi Malaysia Madani

Anwar ketika menghadiri mesyuarat bersama Jabatan Perkhidmatan Awam di Putrajaya pada Jumaat. Foto Pejabat Perdana Menteri
Anwar ketika menghadiri mesyuarat bersama Jabatan Perkhidmatan Awam di Putrajaya pada Jumaat. Foto Pejabat Perdana Menteri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut komitmen berterusan daripada seluruh penjawat awam dalam menjayakan aspirasi Malaysia Madani bagi membawa negara ke tahap lebih maju dan berdaya saing.

Menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat, Anwar berkata, usaha itu memerlukan penerapan nilai amanah, integriti serta profesionalisme tinggi, terutama dalam mendepani suasana dunia yang semakin tidak menentu dan mencabar ketika ini.

Beliau membuat gesaan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan bersama warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Mesyuarat ini bagi membincangkan langkah reformasi perkhidmatan awam demi memperkukuh kecekapan tadbir urus serta mutu penyampaian kepada rakyat," katanya dalam catatan itu.

Selain itu, Anwar menegaskan agenda reformasi tersebut terkait rapat dengan penerapan teknologi baharu termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang berpotensi meningkatkan produktiviti.

Ia juga bertujuan mempercepat proses kerja serta memantapkan keupayaan perkhidmatan awam agar lebih responsif, cekap dan berkesan dalam memenuhi keperluan rakyat. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut komitmen berterusan daripada penjawat awam untuk menjayakan Malaysia Madani
  • Usaha ini memerlukan penerapan nilai amanah, integriti serta profesionalisme tinggi
  • Anwar mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Agenda reformasi merangkumi penerapan teknologi baru termasuk AI untuk meningkatkan produktiviti
  • Reformasi bertujuan mempercepat proses kerja dan meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam agar lebih responsif dan efektif

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!