Sepatutnya orang pertama SPRM perlu cari ialah Perdana Menteri - Rafizi

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
A
A
A

SHAH ALAM - "Sepatutnya orang pertama yang SPRM perlu cari, kalau betul ada penyelewengan (dalam kes perjanjian mega antara kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.11 bilion) ialah Perdana Menteri sendiri," kata bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli.

Bagaimanpun, Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sibuk mencari bekas pembantunya di Kementerian Ekonomi, James Chai yang hanya menyediakan 'slide' dan sekarang bekerja di Cambridge.

"Hanya kerana plot politik dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tak menjadi macam yang Perdana Menteri nak, semua jentera kerajaan digerakkan kejar seorang budak," katanya dalam hantaran di platform X pada Khamis.

Pada Rabu, SPRM dilapor sedang mengesan James yang juga penganalisis politik bagi membantu siasatan.

SPRM memaklumkan Chai, atau nama penuhnya Chai Jin Shern, sedang dikesan bagi membantu siasatan, namun tidak didedahkan butiran mengenai kes yang sedang disiasat.

Suruhanjaya berkenaan sebelum ini mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung satu perjanjian mega antara kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing, Arm Ltd yang dianggarkan bernilai RM1.11 bilion.

Ia susulan penelitian SPRM terhadap maklumat diberikan beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung seorang bekas menteri kanan sebuah kementerian dan iasatan awal SPRM mendapati perjanjian mega RM1.11 bilion dipercayai dimeterai secara tergesa-gesa oleh Kementerian Ekonomi.

Berikutan itu, James pada pagi Khamis dilapor menempelak SPRM selepas didakwa memberi gambaran kononnya beliau sedang bersembunyi bagi mengelak daripada disiasat.

James berkata, naratif SPRM itu memberi gambaran seolah-olah beliau adalah seorang pelarian.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Azam juga mengadakan sidang media mengenai perkara berkenaan, memberi gambaran beliau sedang bersembunyi seperti penjenayah.

Rafizi mendakwa, Perdana Menteri sepatutnya orang pertama perlu dicari SPRM memandangkan semua urusan dengan Arm Ltd melibatkan beliau.

"Yang minta kami susun pertemuan dengan Arm Ltd ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Yang terbabit mesyuarat dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & pemilik Arm pun Perdana Menteri sendiri.

"Yang pengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri berkali-kali bincang dan luluskan perkara ini pun Perdana Menteri sendiri. Yang rasmikan usahasama ini pun Perdana Menteri sendiri," ujarnya.

 

 

 

Ringkasan AI

  • Rafizi Ramli menyatakan SPRM seharusnya menyiasat Perdana Menteri terlebih dahulu berkaitan kes perjanjian mega RM1.11 bilion
  • Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa Ketua Pesuruhjaya SPRM lebih fokus mencari bekas pembantunya daripada menyiasat Perdana Menteri
  • James Chai, bekas pembantu di Kementerian Ekonomi, sedang dicari oleh SPRM untuk membantu siasatan
  • Perjanjian mega tersebut melibatkan kerajaan Malaysia dengan syarikat asing, Arm Ltd
  • Rafizi mendakwa semua urusan perjanjian dengan Arm Ltd melibatkan Perdana Menteri, termasuk persetujuan dan pengesahan usahasama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!