Imam Makkah doakan kesejahteraan Malaysia

Paparan Facebook Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan tular dI laman sosial.
Paparan Facebook Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan tular dI laman sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Imam dari Masjid Abbad Makkah, Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Imrani mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia dilindungi daripada bahaya wabak koronavirus (Covid-19).

Beliau yang sering menjadi imam pada bulan Ramadan di Malaysia setiap tahun, berkongsi doa itu menerusi satu rakaman video di YouTube sebelum dimuat naik di Facebook Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan.

"Ya ALLAH, Terharu bila imam Makkah turut sama mendoakan negara kita.

"Sama-samalah kita aminkan doa ini. Di akhir video, beliau ada berikan beberapa doa untuk amalan kita bersama. Semoga #Covid19 segera lenyap dari negara kita," katanya.

Bertutur dalam bahasa Melayu, imam Makkah itu berkata, beliau menunaikan permintaan beberapa sahabatnya di negara ini yang memohon agar menitipkan doa buat kesejahteraan rakyat di sini daripada pandemik tersebut.

Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih atas doa beliau buat negara ini.

Seorang pengguna alam maya, Padilah Ahmad turut menzahirkan rasa terharu.

"Sedihnya saya dengar bacaan doa dari imam Makkah ini mendoakan semoga negara kita Malaysia pulih daripada wabak Covid-19 dalam bahasa Melayu.

Artikel Berkaitan:

"Semoga ALLAH menghapuskan wabak Covid-19 yang bahaya ini Allahuakbar, ALLAH Maha Besar, pada-Mu lah memohon perlindungan, amin," katanya.

Video berdurasi 4 minit 13 saat itu telah ditonton lebih 650,000 tontonan, 16,000 tanda suka dan 11,000 perkongsian daripada netizen.