Ribut petir, angin kencang di tujuh negeri, dua Wilayah Persekutuan sehingga 7 malam

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan tujuh negeri serta dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini. Gambar hiasan
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan tujuh negeri serta dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR -  Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan tujuh negeri serta dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini.

METMalaysia dalam satu kenyataan pada hari ini memaklumkan, negeri-negeri terlibat ialah Melaka serta beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Di Perak, kawasan yang terjejas meliputi Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub serta Bentong.

Selangor turut berdepan situasi sama di Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang, selain membabitkan keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sementara itu, amaran bagi Negeri Sembilan merangkumi Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Bagi Johor, kawasan yang terlibat ialah Tangkak, Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Baharu. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan tujuh negeri serta dua Wilayah Persekutuan
  • Negeri-negeri terlibat ialah Melaka, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor
  • Kawasan terjejas di Perak termasuk Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim
  • Selangor dan keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya berdepan situasi sama
  • Amaran di Johor merangkumi Tangkak, Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Baharu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!