Konflik Asia Barat: 10 kapal tangki minyak diserang di Selat Hormuz

Pada masa ini, Akbarzadeh berkata Selat Hormuz berada di bawah kawalan penuh Tentera Laut IRGC. Foto: Agensi
Pada masa ini, Akbarzadeh berkata Selat Hormuz berada di bawah kawalan penuh Tentera Laut IRGC. Foto: Agensi
A
A
A

TEHERAN - Sekurang-kurangnya 10 kapal tangki minyak diserang peluru berpandu di Selat Hormuz, kata Timbalan Komander Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran, Mohammad Akbarzadeh, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Mengambil kira amaran berulang kali Tentera Laut IRGC bahawa Selat Hormuz tidak selamat, lebih 10 kapal tangki minyak, yang tidak mengendahkan amaran ini, telah diserang oleh pelbagai peluru berpandu dan terbakar,” kata Akbarzadeh seperti yang dipetik agensi berita Iran Fars.

Beliau berkata, selepas Iran mengumumkan larangan pelayaran di Selat Hormuz, pergerakan kapal minyak, komersial dan nelayan melalui selat itu menjadi mustahil.

Pada masa ini, Akbarzadeh berkata, Selat Hormuz berada di bawah kawalan penuh Tentera Laut IRGC. - Bernama-Sputnik/RIA Novosti

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Kapal tangki minyak diserang peluru berpandu di Selat Hormuz
  • Serangan terjadi setelah IRGC memberi amaran Selat Hormuz tidak selamat
  • Lebih 10 kapal tangki minyak terbakar akibat serangan peluru berpandu
  • Iran mengumumkan larangan pelayaran di Selat Hormuz
  • Selat Hormuz kini di bawah kawalan penuh Tentera Laut IRGC

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!