Bawa pulang pelajar: KPT dapatkan petunjuk Kementerian Luar

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim. Hadir sama, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Zambry (dua dari kiri). Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim. Hadir sama, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Zambry (dua dari kiri). Foto Bernama
A
A
A

​KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan petunjuk daripada Kementerian Luar sebelum memutuskan sebarang tindakan lanjut berhubung langkah membawa pulang pelajar Malaysia yang berada di kawasan konflik di Timur Tengah.

​Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sebarang urusan berkaitan krisis luar negara akan diterajui oleh Kementerian Luar selaku kementerian utama yang menyelaras hal ehwal diplomatik dan keselamatan di peringkat antarabangsa.

"Apa-apa pun kita akan mendapat clue (petunjuk) daripada Kementerian Luar,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di sini pada Selasa.

​Zambry berkata, setakat ini KPT terus memantau situasi di rantau tersebut dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pelajar Malaysia.

​​Beliau berkata, setakat semalam, hanya enam pelajar Malaysia yang masih berada di Iran dan kesemua mereka merupakan pelajar persendirian.

"Tahun lepas kita ada 13 orang (di Iran), namun setakat semalam kita dimaklumkan ada enam orang sahaja,” katanya sambil menambah jumlah itu jauh lebih kecil berbanding di Jordan yang mencecah 1,700 orang.

​Selain Jordan, tumpuan pelajar Malaysia di rantau tersebut turut melibatkan negara seperti Mesir dan Arab Saudi.

​Zambry berkata, kementeriannya akan sentiasa berkongsi perkembangan terkini mengenai status pelajar-pelajar berkenaan dari semasa ke semasa.

​Terdahulu, beliau dilaporkan berkata pelajar Malaysia di enam negara Timur Tengah secara umumnya dalam keadaan selamat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kementerian Pendidikan Tinggi akan mendapatkan petunjuk dari Kementerian Luar sebelum memutuskan tindakan untuk membawa pulang pelajar Malaysia dari kawasan konflik di Timur Tengah
  • Kementerian Luar adalah kementerian utama yang menyelaras hal ehwal diplomatik dan keselamatan antarabangsa
  • Sehingga kini, enam pelajar Malaysia masih berada di Iran, dan mereka merupakan pelajar persendirian
  • Tahun lalu, ada 13 pelajar Malaysia di Iran tetapi kini hanya enam, jumlah yang lebih kecil dibandingkan dengan 1,700 pelajar di Jordan
  • Pelajar Malaysia di rantau Timur Tengah melibatkan negara seperti Mesir dan Arab Saudi dan secara umumnya dalam keadaan selamat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!