Projek Keretapi Trans Borneo ambil kira pelan ekonomi Sabah, Sarawak

Anthony menyertai sesi taklimat bersama perunding projek TBR di sini pada Selasa
Anthony menyertai sesi taklimat bersama perunding projek TBR di sini pada Selasa
A
A
A

PUTRAJAYA - Pihak perunding projek Keretapi Trans Borneo (TBR) dinasihati untuk mengambil kira pelan ekonomi Kerajaan Sarawak dan Sabah bagi memastikan jajaran yang dicadangkan benar-benar boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan serantau.

Perkara itu disuarakan Menteri Pengangkutan Anthony Loke semasa menerima taklimat awal berkenaan laporan interim kebolehlaksanaan TBR, di sini pada Selasa.

Ujarnya, beliau komited untuk melihat pembangunan seimbang dalam Persekutuan Malaysia.

"Sekiranya dilaksanakan, cadangan TBR ini akan mengambil masa berpuluh tahun untuk direalisasikan, namun amat penting agar batu asasnya dalam bentuk rancangan jangka panjang disediakan sekarang," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

TBR merupakan inisiatif mega yang dirancang untuk menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei, dan Kalimantan, Indonesia melalui rangkaian kereta api laju sepanjang 1,620 km.

Fasa pertama dijangka bermula di Pontianak, Kalimantan Barat ke Kuching Brunei dan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah.

Fasa kedua bakal menghubungkan Brunei dengan Kalimantan Utara dan Timur, termasuk ibu kota baharu Indonesia, Nusantara.

Dalam pada itu, Anthony memaklumkan laporan kebolehlaksanaan akhir dijangka siap pada pertengahan tahun ini selepas sesi penglibatan tambahan dengan pihak-pihak berkepentingan di Sabah dan Sarawak.

 

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Perunding projek Keretapi Trans Borneo dinasihati mengambil kira pelan ekonomi Kerajaan Sarawak dan Sabah
  • Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengutarakan komitmen untuk pembangunan seimbang dalam Persekutuan Malaysia
  • Projek TBR dirancang untuk menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei, dan Kalimantan melalui kereta api laju sepanjang 1,620 km
  • Fasa pertama projek akan bermula di Pontianak, Kalimantan Barat ke Kuching, Brunei dan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah
  • Laporan kebolehlaksanaan akhir projek dijangka siap pada pertengahan tahun ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!