Mesyuarat MT PN diadakan 14 Mac ini - Takiyuddin

Takiyuddin (tengah) ketika sidang akhbar di Parlimen pada Selasa.
Takiyuddin (tengah) ketika sidang akhbar di Parlimen pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada 14 Mac ini bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit mengenai gabungan berkenaan.

Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, notis pemakluman mengenai perkara itu telah dihantar kepada ahli Majlis Tertinggi PN.

“PN akan mengadakan mesyuarat majlis tertinggi ada 14 hari Mac, hari Sabtu, jam 11 pagi.

"Notis sudah pun dikeluarkan kepada semua ahli-ahli mesyuarat ahli Majlis Tertinggi,” katanya ketika sidang akhbar di Parlimen di sini pada Selasa.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin menggesa supaya pimpinan Pas segera menamakan Ketua Pembangkang baharu menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Langkah itu penting katanya, memandangkan ia melibatkan imej dan maruah Perikatan Nasional PN.

Ujarnya, ini kerana Hamzah sudah tidak lagi menjadi ahli Bersatu dan PN kerana dipecat parti, sekali gus tidak berhak untuk terus memegang jawatan tersebut.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik Pengerusi PN yang baharu menggantikan Muhyiddin.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi pada 14 Mac ini
  • Notis pemakluman sudah dihantar kepada ahli Majlis Tertinggi PN
  • Mesyuarat dijadualkan pada hari Sabtu, jam 11 pagi
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pemilihan Ketua Pembangkang baharu menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin
  • Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi PN yang baharu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!