Momentum positif jadi senjata JDT hadapi Sanfrecce Hiroshima

JDT berada pada momentum terbaik untuk cuba mengejutkan Sanfrecce Hiroshima. Foto: JDT
JDT berada pada momentum terbaik untuk cuba mengejutkan Sanfrecce Hiroshima. Foto: JDT
A
A
A

PEMAIN pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Syahmi Safari menegaskan skuad Harimau Selatan itu sama sekali tidak akan memperlahankan rentak atau selesa dengan pencapaian semasa mereka.

Menurut Syahmi, rentetan momentum positif dalam setiap perlawanan memberikan suntikan motivasi terbaik buat pasukan untuk cuba melakar kemenangan menentang wakil Jepun, Sanfrecce Hiroshima bagi aksi pertama pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada Rabu.

"Ini satu momentum yang baik untuk pasukan melangkah ke perlawanan seterusnya dalam saingan ACLE apabila kita bakal berdepan kelab Jepun (Sanfrecce Hiroshima) untuk aksi pertama nanti.

"Jadi saya rasa kesemua pemain kini berada dalam keadaan yang terbaik, Insya-ALLAH," katanya dalam temubual disiarkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Bercakap mengenai penguasaan mutlak JDT dalam saingan Liga Super yang menyaksikan mereka telah meledak 83 gol dan hanya bolos tujuh kali setakat ini, Syahmi menyifatkan ia adalah hasil komitmen jitu setiap individu dalam pasukan.

Jelasnya, tiada jalan pintas untuk mengekalkan konsistensi tersebut selain daripada kerjasama berpasukan yang utuh.

"Rasanya ia berkait kerjasama semua pemain. Semua berikan (prestasi) yang terbaik apabila berada di atas padang.

"Dan rasanya macam yang kita semua tahu, JDT sendiri takkan 'slow down'. Kita akan hadapi perlawanan demi perlawanan dan tingkatkan prestasi itu sendiri," katanya.

JDT dalam laluan terbaik untuk untuk sekali lagi bergelar juara Liga Super sekali gus mempertahankan penguasaan tersebut buat kali ke-12 berturut-turut,

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Syahmi Safari menegaskan JDT tidak akan memperlahankan rentak meskipun prestasi semasa cemerlang
  • Momentum positif pasukan menjadi motivasi untuk menentang Sanfrecce Hiroshima dalam Liga Juara-Juara Asia Elit
  • Kesemua pemain JDT berada dalam kondisi terbaik untuk perlawanan seterusnya
  • Penguasaan mutlak JDT dalam Liga Super adalah hasil komitmen jitu dan kerjasama berpasukan JDT berada dalam laluan untuk meraih gelaran juara Liga Super buat kali ke-12 berturut-turut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!