Video hina Islam rakaman lama, berlaku di Singapura

Tangkap layar warga Singapura dipercayai terlibat dalam video tular lama hina agama Islam sebenarnya berlaku pada 2024. Foto: Ihsan MCMC
Tangkap layar warga Singapura dipercayai terlibat dalam video tular lama hina agama Islam sebenarnya berlaku pada 2024. Foto: Ihsan MCMC
A
A
A

CYBERJAYA - Video tular yang memaparkan kandungan berunsur penghinaan terhadap agama Islam termasuk perbuatan memijak al-Quran adalah rakaman lama bertarikh 2024 yang berlaku di Singapura.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan, tindakan sedang diambil setelah menerima aduan daripada orang awam berhubung kandungan yang dimuat naik semula sehingga mencetuskan kegusaran serta ketegangan dalam kalangan masyarakat.

"Berdasarkan siasatan awal, dipercayai individu yang terlibat merupakan seorang warga Singapura dan insiden tersebut juga dipercayai berlaku di Singapura.

"Sehubungan itu, MCMC sedang bekerjasama dengan pihak platform media sosial terlibat, khususnya Threads, Facebook dan TikTok, bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil termasuk menyekat penyebaran serta akses terhadap kandungan berkenaan di Malaysia," katanya di sini pada Isnin.

MCMC menegaskan bahawa sebarang penyebaran kandungan yang menyentuh sensitiviti agama serta berpotensi menggugat keharmonian masyarakat majmuk negara ini merupakan satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan semula kandungan tersebut.

"Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada MCMC melalui pautan https://aduan.mcmc.gov.my atau kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut," kata kenyataan itu.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Video tular memaparkan kandungan menghina Islam berlaku di Singapura dan merupakan rakaman lama bertarikh 2024
  • MCMC menerima aduan dari orang awam dan sedang mengambil tindakan terhadap kandungan tersebut
  • Individu yang terlibat dalam membuat video adalah warga Singapura dan peristiwa itu berlaku di Singapura
  • MCMC bekerjasama dengan platform media sosial seperti Threads, Facebook, dan TikTok untuk menyekat penyebaran kandungan itu di Malaysia
  • MCMC mengingatkan penyebaran kandungan sensitif agama boleh dikenakan tindakan undang-undang dan meminta orang ramai tidak menyebarkan semula kandungan tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!