Lima khemah Bazar Raya Stadium Darul Aman musnah terbakar



ALOR SETAR - Lima khemah Bazar Raya Stadium Darul Aman di sini yang menjual kelengkapan perayaan, musnah dalam kebakaran tengah hari Rabu, namun tidak melibatkan mangsa.
Ketua Zon 1, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 11.25 pagi berhubung kejadian.
Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar digerakkan ke lokasi kejadian di Stadium Darul Aman, kira-kira dua kilometer dari balai.
"Semasa jentera tiba pada jam 11.29 pagi mendapati lima buah khemah sedang terbakar dengan keadaan api marak.
“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terjejas," katanya.
Beliau berkata, api berjaya dikawal pada jam 11.37 pagi dan kerja-kerja overhaul dijalankan di lokasi.
Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.36 tengah hari.
Punca dan kerugian masih dalam siasatan.
Sementara itu, video yang tular di media sosial berhubung kejadian menunjukkan baju raya yang dijual di bazar berkenaan, musnah dalam kebakaran.
Ringkasan AI
- Lima khemah Bazar Raya Stadium Darul Aman di Alor Setar musnah dalam kebakaran
- Kebakaran berlaku tengah hari Rabu tanpa melibatkan mangsa
- Bomba dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan
- Kebakaran berjaya dikawal dalam masa kurang dari satu jam
- Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

