Macau Scam: Lelaki rugi RM100,000

Aibee Abd Ghani
Aibee Abd Ghani
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki mengalami kerugian RM100,000 selepas diperdaya dengan sindiket Macau Scam di Lukut, Port Dickson pada Selasa.

Mangsa berusia 47 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai kakitangan Pos Laju kira-kira jam 9 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, lelaki itu memaklumkan mangsa ada membuat kiriman barang dari Kelantan ke Sabah yang mengandungi beberapa kad pengenalan dan kad kredit.

Menurutnya, selepas mangsa menafikannya, panggilan itu disambungkan pula ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kelantan.

"Panggilan itu dijawab seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis dan memberitahu mangsa terlibat pula dengan penggubahan wang haram berjumlah RM237,000.

"Suspek kemudiannya memberitahu waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mangsa dan mengarahkan mangsa memindahkan wang miliknya ke akaun Audit Negara bagi tujuan siasatan punca wang yang dimiliki mangsa," katanya.

Katanya, pada jam 2 petang, mangsa memindahkan wang miliknya berjumlah RM100,000 ke sebuah akaun milik bernama Madam Siti Zaleha Masi.

"Selepas memindahkan wang, mangsa tersedar ditipu sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Port Dickson," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.