Pencuri 'diterkam' polis menyamar penari tarian singa

Seorang anggota polis sanggup memakai kostum tarian singa demi menahan seorang suspek yang mencuri artifak Buddha bernilai kira-kira RM250,000. - FOTO: Agensi
Seorang anggota polis sanggup memakai kostum tarian singa demi menahan seorang suspek yang mencuri artifak Buddha bernilai kira-kira RM250,000. - FOTO: Agensi
A
A
A

BANGKOK – Seorang anggota polis sanggup memakai kostum tarian singa demi menahan seorang suspek yang mencuri artifak Buddha bernilai kira-kira AS$64,000 (RM250,000).

Pihak berkuasa Thailand mengesahkan tangkapan itu berjaya dibuat pada Rabu setelah menerima aduan tentang insiden rompakan ke atas sebuah rumah di pinggir Bangkok pada awal bulan lalu.

"Kami membuat rancangan luar biasa untuk menyertai persembahan tarian singa itu berdasarkan petunjuk awal selama beberapa minggu," menurut jurucakapnya.

Rakaman menunjukkan 'singa' tersebut menghampiri suspek sebelum seorang anggota polis muncul dari bahagian kepala dan dibantu beberapa rakan bertindak 'menerkamnya'.

Suspek berusia 33 tahun itu mempunyai rekod jenayah melibatkan kesalahan dadah dan kecurian. - AFP

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Anggota polis memakai kostum tarian singa untuk menahan suspek pencurian artifak Buddha
  • Tangkapan berjaya dibuat di pinggir Bangkok selepas menerima aduan rompakan
  • Polis menyamar berdasarkan rancangan yang dibuat selama beberapa minggu
  • Suspek ditangkap setelah 'singa' menghampiri dan polis muncul dari dalam kostum
  • Suspek berusia 33 tahun dengan rekod jenayah dadah dan kecurian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!