Polis cari Jamil, Ahmad Nazzer, Afiq dan 33 lagi individu

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di ibu negara.
Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di ibu negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata, kesemua individu berkenaan diperlukan bagi membantu siasatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur membabitkan kes bunuh, rogol, samun berkumpulan, pecah rumah, menyamar penjawat awam dan gangguan seksual.

Menurutnya, antara individu lain yang dikesan ialah Low Lye Huat, Billy Leong Li Sun, Magesan Salva Coma, V Vadivelu Varatharaju, Muhammad Saeful Bahri Imbran serta Annannakais Abdul Rahim.

“Turut dikesan Muhd Ammar Haziq Zulkifli, Esvaran Muniandy, Mohd Fadli Saludin, Andry Heriady Nazari, Sateshwaran Jaintheran, Yap Kah Tatt dan Nor Azam Jemain,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, individu lain yang sedang dikesan termasuk Kartik V Manimaran, Ahmad Budiman Mohamad Rosdi, Ha Kuan Min, Meor Zaini Basir, Low Kiat Soon, Tengku Abdul Muien Tengku Al-Faizzam, Rahimafdzi Abd Rahim, Che Muhamad Faizal Che Hassan, Hamzah Talib dan Rosmadi Shafie.

“Polis turut mengesan Kumeresan Ganesan, Ooi Choon Wai, Ravi Kumar Krishnan, Ngai Chan Hong, Mohammad Bhukori, Sarvin Raaj Karthikesu, Sundarasen G. Santhiran, Ibnolhafis Aswad, Muhammad Fikri Ab Jalel dan Muhammad Amiruizat Shamsuddin,” katanya.

Fadil berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302, 376, 395, 397, 457, 326, 324, 354, 365 dan 170 Kanun Keseksaan selain Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 serta kes di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat).

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali mana-mana individu terbabit diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Deputi Superintenden K Rajkumar dari Bahagian D4 JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di talian 03-21460613 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang untuk membantu siasatan kes jenayah serius di Kuala Lumpur
  • Individu-individu diminta termasuk dalam siasatan kes bunuh, rogol, samun berkumpulan, dan lain-lain
  • Antara nama yang dikenalpasti termasuk Low Lye Huat, Billy Leong Li Sun, dan Muhammad Saeful Bahri Imbran
  • Kes disiasat mengikut pelbagai Seksyen Kanun Keseksaan serta Akta Culik 1961 dan Akta Senjata Api
  • Orang ramai diminta untuk membantu siasatan dengan menghubungi DSP K Rajkumar atau hadir ke balai polis berhampiran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!