PN gesa kerajaan tubuh RCI siasat perjanjian mega RM1.1 bilion

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan segera menubuhkan Jawatankuasa Khas Siasatan bertaraf Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang diketuai seorang bekas hakim mahkamah atasan bagi menyiasat perjanjian mega antara kerajaan pusat dengan sebuah syarikat asing bernilai RM1.1 bilion.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, langkah tegas dan segera perlu diambil sekiranya kerajaan benar-benar serius serta komited dalam usaha memerangi rasuah dan salah laku sehingga ke akar umbi.

"Kerajaan tidak boleh berdiam diri atau berlindung di sebalik prosedur dan retorik semata-mata. Rakyat berhak mengetahui kebenaran dan fakta sebenar.

"Angka RM1.1 bilion bukan kecil, selain merupakan dana awam dan melibatkan kepercayaan orang ramai terhadap integriti sistem pentadbiran kerajaan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor membuka kertas siasatan berhubung satu perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.1 billion.

Ia susulan beberapa aduan yang dibuat oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung perjanjian yang dikatakan dibuat secara tergesa-gesa dan berat sebelah sehingga dijangka memberikan kesan kepada Kerajaan.

Berdasarkan aduan dan dokumen yang diserahkan oleh beberapa pihak, SPRM juga mendapatkan beberapa dokumen berkaitan perjanjian ini pada 13 Februari 2026 yang lalu dari Kementerian Ekonomi.

Dalam pada itu Takiyuddin menegaskan, kegagalan bertindak tegas dan telus akan menguatkan persepsi bahawa

terdapat usaha untuk menyembunyikan atau melindungi sesuatu atau seseorang.

Artikel Berkaitan:

"PN akan terus memantau perkara ini secara dekat bagi memastikan prinsip- prinsip ketelusan, akauntibiliti dan integriti ditegakkan tanpa kompromi," ujarnya.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!