Ribut petir, hujan lebat dijangka landa 8 negeri

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah dalam tempoh jam 11 malam ini hingga 3 pagi esok.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam ini, kawasan dijangka terjejas ialah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, manakala di Perak melibatkan Kerian dan Larut, Matang dan Selama.
Di Kelantan cuaca buruk dijangka berlaku di Gua Musang, dan di Terengganu pula melibatkan Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) manakala di Pahang membabitkan Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
Bagi Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu,
Mukah dan Bintulu, manakala di Sabah membabitkan Tawau dan Sandakan (Kinabatangan). - Bernama
Ringkasan AI
- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah
- Kawasan di Kedah yang terlibat termasuk Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu
- Di Perak, kawasan yang terjejas adalah Kerian dan Larut, Matang dan Selama
- Cuaca buruk juga dijangka berlaku di Gua Musang di Kelantan, beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang termasuk Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin
- Kawasan di Sarawak melibatkan Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu, sementara di Sabah adalah Tawau dan Sandakan (Kinabatangan)
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
