Hujan berterusan diramal landa Sabah hingga esok

Hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda Sabah hingga esok. Gambar hiasan
Hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda Sabah hingga esok. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda Sabah hingga esok, menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

Menerusi amaran dikeluarkan jam 2 petang ini, beliau berkata, kawasan terlibat ialah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau menerusi platfom media sosial jabatan itu, selain menghubungi talian hotline1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Hujan berterusan tahap waspada di Sabah hingga esok
  • Kawasan terlibat ialah Pantai Barat, Sandakan dan Kudat
  • Dr Mohd Hisham Mohd Anip adalah Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia
  • Maklumat cuaca terkini boleh didapati melalui laman web rasmi MetMalaysia dan aplikasi myCuaca
  • Publik boleh menghubungi talian hotline MetMalaysia untuk sebarang pertanyaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!