X

Kindly register in order to view this article
!

Iannone digantung 18 bulan akibat kesalahan dadah

Motosikal Pelumba pasukan Aprilia, Andrea Iannone
A
A

KUALA LUMPUR - Pelumba pasukan Aprilia, Andrea Iannone, digantung 18 bulan daripada menyertai mana-mana perlumbaan Moto GP selepas gagal dalam ujian doping.

Mahkamah Displin Antarabangsa (CDI) Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) dalam satu kenyataan hari ini menyatakan keputusan itu diambil berikutan perbicaraan disiplin bersama FIM semalam.

FIM menyatakan, pelumba Itali berusia 30 tahun itu akan menjalani hukuman penggantungan dari 17 Disember 2019 sehingga 16 Jun 2021.

Penggantungan bermula dari tarikh mula-mula beliau digantung yang menyaksikan beliau akan terlepas daripada menyertai musim MotoGP 2020 dan juga perlumbaan pembukaan MotoGP tahun hadapan.

Pada awalnya, Iannone telah digantung pada Disember tahun lepas apabila didapati positif menggunakan bahan steriod anabolik di perlumbaan MotoGP Malaysia.

Penyertaan beliau di Malaysia 2019 dan GP Sepanyol juga dibatalkan walaupun beliau gagal menamatkan kedua-dua perlumbaan tersebut.

FIM mendedahkan mengikut Artikel 13.7 Kod Anti Dadah FIM, Iannone mempunyai 21 hari untuk merayu kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland.

Musim MotoGP 2020 masih belum bermula selepas lima pusingan perlumbaan pertama ditangguhkan akibat pandemik Covid-19. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf