Penunggang motosikal maut langgar kereta di lorong kecemasan

Seorang penunggang motosikal maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan
Seorang penunggang motosikal maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan
A
A
A

KULAI – [DIKEMAS KINI] Seorang penunggang motosikal maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan di kilometer (KM) 48.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 11.40 pagi melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha dengan kereta jenis Perodua Myvi.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Johor (DPPNJ), Muhammad Ariff Haron,33, melanggar bahagian belakang kereta Perodua Myvi berkenaan.

No Image Caption

“Akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dalam masa sama, pemandu kereta, seorang wanita warga tempatan berusia 45 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sementara itu Seng Lee berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini boleh menghubungi pengawai penyiasat yang juga Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, Inspektor Mohamad Firdaus Mustaffa di talian 011-26081008 bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di kilometer 48.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara
  • Kemalangan melibatkan motosikal jenis Yamaha dan kereta jenis Perodua Myvi
  • Penunggang motosikal adalah lelaki warga tempatan berusia 33 tahun yang melanggar bahagian belakang kereta
  • Penunggang mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal di tempat kejadian
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!