43,462 sampel makmal Covid-19 diuji sehingga hari ini

Dr Noor Hisham ketika bercakap pada sidang media mengenai situasi semasa penyakit berjangkit Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Dr Noor Hisham ketika bercakap pada sidang media mengenai situasi semasa penyakit berjangkit Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian kesihatan (KKM) telah menjalankan sebanyak 43,462 sampel ujian makmal koronavirus (Covid-19) sehingga hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,908 tersebut adalah positif, 32,894 daripadanya adalah negatif manakala 7,660 ujian masih menunggu keputusan.

Beliau menjangkakan KKM mampu mengendalikan lebih daripada 11,500 ujian sehari seiring peningkatan sehingga 48 makmal kementerian itu dengan kerjasama makmal institusi pengajian tinggi awam, institusi pengajian tinggi swasta, Malaysia Genome Institute (MGI), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) serta Hospital Angkatan Tentera.

Beliau berkata, KKM juga telah menjalankan ujian terhadap kit pengesanan antigen dari Korea Selatan yang mana pihaknya akan membuat perolehan sebanyak 200,000 kit sekiranya kadar ketepatan daripada kit itu tinggi.

Jelas Dr Noor Hisham, dengan adanya kit tersebut, sampel ujian tidak perlu lagi dihantar ke makmal untuk mendapat keputusan.

“Ujian boleh laksanakan di klinik ataupun di hospital dan mereka hanya memerlukan ‘biosafety cabinet’ sahaja. Jadi kita akan mempercepatkan lagi keputusan ujian tersebut menggunakan test kit pengesanan dari Korea itu,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di sini hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: