Muhyiddin dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah

Muhyiddin - Foto Bernama
Muhyiddin - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan pelantikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad.

Dalam kenyataan hari ini, MOF berkata, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Datuk Mohammed Azlan Hashim telah dilantik sebagai ahlinya dan pelantikan itu berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan berasingan, Khazanah berkata, pihaknya menyambut baik pelantikan tersebut dan akan bekerjasama rapat dengan Lembaga Pengarah yang baru dibentuk semula untuk terus memenuhi mandatnya sebagai dana kekayaan berdaulat Malaysia.

Ia turut mengumumkan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah berkuat kuasa 25 Mac 2020.

“Bagi pihak pengurusan dan kakitangan, Khazanah ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Tun Dr Mahathir atas kepimpinan, bimbingan dan sumbangan beliau sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai pengerusi,” menurut Khazanah. - Bernama

Artikel Berkaitan: