Rafizi tiba di Sogo sertai himpunan #TangkapAzamBaki

Rafizi tiba di lokasi Himpunan dan Lawan: #TangkapAzamBaki di sekitar Kompleks Sogo kira-kira jam 4.30 petang.
Rafizi tiba di lokasi Himpunan dan Lawan: #TangkapAzamBaki di sekitar Kompleks Sogo kira-kira jam 4.30 petang.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli tiba di lokasi Himpunan dan Lawan: #TangkapAzamBaki di sekitar Kompleks Sogo di sini kira-kira jam 4.30 petang.

Ketibaan beliau disambut Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahari Hassan.

Kehadiran Ahli Parlimen terbabit menarik perhatian peserta yang mula memenuhi kawasan sekitar sejak awal petang.

Rafizi dilihat bersalaman dengan penyokong serta berbincang ringkas bersama rakan Ahli Parlimen sebelum sesi ucapan dijadualkan berlangsung.

Himpunan yang sebelum ini dijadualkan bermula jam 4 petang namun masih belum bermula itu diadakan bagi menyatakan pendirian berhubung isu membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Setakat ini, suasana di lokasi dilaporkan terkawal dengan kehadiran anggota polis bagi memantau keadaan.

Perkembangan lanjut termasuk ucapan Ahli Parlimen serta situasi semasa akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Datuk Seri Rafizi Ramli hadir ke himpunan #TangkapAzamBaki di Kompleks Sogo pada jam 4.30 petang
  • Beliau disambut oleh empat Ahli Parlimen lain
  • Kehadiran beliau menarik perhatian peserta himpunan
  • Himpunan diadakan untuk menyatakan pendirian terhadap isu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki
  • Suasana himpunan dilaporkan terkawal dengan pengawalan polis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!