Pas bukan ‘kem’ Hamzah, bukan ‘kem’ Muhyiddin - Takiyuddin

KOTA BHARU - Pas menegaskan parti itu tidak berpihak kepada mana-mana ‘kem’ susulan kemelut dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tanggapan bahawa Pas berada dalam ‘kem Hamzah’ atau mana-mana pihak adalah tidak tepat.
“Tak semestinya begitu, semua pihak boleh berkunjung ke Rusila, bukan Bersatu sahaja.
“Parti-parti lain pun boleh, Rusila ini satu institusi yang boleh dikunjungi sesiapa sahaja dari dalam dan luar negara, Pas tidak ada kem siapa-siapa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Klinik Hayat 24 Jam Cherang di sini pada Sabtu.
Menurut beliau, sebagai sebuah parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN), Pas tidak pernah mencampuri urusan dalaman parti lain termasuk Bersatu yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yasin.
“Pas tidak pernah cuba campur tangan dalam hal dalaman mana-mana parti, termasuk parti gabungan dalam PN.
“Kami uruskan parti kami dan jika ada perkara di peringkat gabungan, kita bincang bersama,” katanya.
Pada Jumaat, Bersatu mengumumkan pemecatan 17 pemimpin termasuk Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Ringkasan AI
- Pas menegaskan tidak berpihak kepada kem mana-mana dalam kemelut dalaman Bersatu
- Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan tanggapan Pas berpihak tidak tepat
- Pas terbuka menerima kunjungan dari semua pihak, termasuk dari luar negara ke institusi Rusila
- Sebagai anggota Perikatan Nasional, Pas tidak mencampuri urusan dalaman parti lain termasuk Bersatu
- Pas hanya uruskan hal parti sendiri dan berbincang bersama jika ada perkara di peringkat gabungan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

