Pekarangan rumah Muhyiddin jadi tumpuan

Pengamal media sudah berkampung di pekarangan kediaman bekas Perdana Menteri itu seawal jam 9 pagi.
Pengamal media sudah berkampung di pekarangan kediaman bekas Perdana Menteri itu seawal jam 9 pagi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pekarangan kediaman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan hari ini berikutan parti itu mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bagi membincangkan agenda penting berkaitan hala tuju parti.

Notis mesyuarat dikeluarkan Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Jumaat.

Pengamal media sudah berkampung di pekarangan kediaman bekas Perdana Menteri itu seawal jam 9 pagi.

Setakat ini, belum ada kelibat mana-mana pemimpin Bersatu terakam kamera, namun pengamal media percaya ada antaranya sudah memasuki premis Muhyiddin lebih awal.

Terbaharu pada Jumaat, Lembaga Disiplin Bersatu mengumumkan pemecatan 17 ahli termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Pemakluman itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial sehinggakan ramai mendakwa Bersatu semakin goyah.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kediaman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan kerana Mesyuarat Khas MPT
  • Notis mesyuarat dikeluarkan Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
  • Pengamal media sudah berkampung di pekarangan kediaman Muhyiddin dari jam 9 pagi
  • Pemimpin Bersatu dipercayai sudah memasuki premis lebih awal
  • Lembaga Disiplin Bersatu mengumumkan pemecatan 17 ahli termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!