S P Setia lancar Aurora Fasa 1 di Setia Bayuemas South

Aurora merupakan presint pertama di Setia Bayuemas South menandakan pencapaian terbaharu S P Setia Berhad di Selangor.
Aurora merupakan presint pertama di Setia Bayuemas South menandakan pencapaian terbaharu S P Setia Berhad di Selangor.
A
A
A

S P Setia Berhad terus memperkukuhkan kedudukannya dalam pasaran hartanah di Selangor menerusi pelancaran siri kediaman teres dua tingkat baharu, Aurora pada Sabtu.

Fasa pertama di bawah presint Setia Bayuemas South itu merupakan sebahagian daripada pembangunan pegangan bebas seluas 220 hektar di Setia Bayuemas di Klang.

Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar RM76.7 juta, fasa RP10 itu merangkumi 82 unit rumah teres dua tingkat bersaiz 22’ x 75’, dengan keluasan binaan antara 2,101 hingga 2,181 kaki persegi pada harga ditawarkan bermula RM880,000.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Yuslina Mohd Yunus berkata, Setia Bayuemas sekian lama mencerminkan komitmen syarikat terhadap perancangan teliti, ruang hijau yang luas serta gaya hidup berteraskan komuniti di Koridor Klang Selatan.

"Sebagai presint kediaman pertama di Setia Bayuemas South, Aurora menandakan satu pencapaian besar sebagai kesinambungan eksklusif kepada alamat yang telah kukuh ini selain meningkatkan nilainya di kawasan perbandaran tersebut.

"Menerusi Aurora, ia menjadi manifestasi awal visi baharu Setia Bayuemas South yang menampilkan bahasa reka bentuk kontemporari, integrasi teknologi hijau serta pelan induk berteraskan kesejahteraan yang dirangka untuk generasi akan datang.

“Walaupun Bayuemas kekal berteraskan nilai yang membentuk komuniti kukuhnya, Aurora memperkenalkan persekitaran moden, bertenaga dan saling berhubung untuk keluarga masa kini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, Aurora merupakan permulaan kepada siri tujuh fasa, susulan kejayaan siri Laelia yang merangkumi empat fasa dengan kadar pengambilan memberangsangkan sebanyak 91 peratus.

Setiap unit kediaman memiliki ciri masa hadapan seperti kunci pintar, Green Switch, BOX 366, penyediaan port pengecas kenderaan elektrik (EV), persediaan saluran solar serta komponen Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi meningkatkan kualiti dan kecekapan pembinaan.

Artikel Berkaitan:

Pembangunan tersebut turut dikelilingi pelbagai kemudahan penting termasuk institusi pendidikan seperti SJK(C) Wu Teck dan SK Kampung Pendamar, selain hospital utama seperti Manipal Hospital Klang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah selain kemudjahan pusat membeli belah dan rekreasi.

Setia Bayuemas South dihubungkan dengan lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Shah Alam (KESAS), LKSA, SKVE dan ELITE, sekali gus memudahkan akses ke lokasi penting sekitar Lembah Klang.

Tambahnya, Stesen LRT 3 Johan Setia yang dijangka beroperasi pada suku pertama 2026 dan terletak kira-kira tiga kilometer dari pembangunan itu dijangka menambah baik akses pengangkutan awam.

Sempena pelancaran tersebut, S P Setia turut menganjurkan sambutan Tahun Baharu Cina di Pusat Jualan Setia Bayuemas pada tarikh sama dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk bengkel perayaan, kaligrafi Cina, kemunculan Dewa Kekayaan serta persembahan Tarian Singa dan 24 Musim Gendang.

Pelancaran Aurora dilihat sebagai komitmen berterusan S P Setia dalam menyediakan kediaman berkualiti tinggi dan mampan, di samping membina komuniti progresif serta berdaya tahan, sekali gus memperkukuh penanda aras kehidupan pinggir bandar di Selangor.

 

Ringkasan AI

  • S P Setia Berhad melancarkan siri kediaman teres dua tingkat baharu, Aurora di Selangor
  • Aurora adalah fasa pertama di Setia Bayuemas South dengan 82 unit rumah teres dan GDV sekitar RM76.7 juta
  • Rumah dalam fasa RP10 ini bersaiz 22' x 75' dengan harga bermula RM880,000
  • Aurora menampilkan reka bentuk kontemporari, teknologi hijau, dan pelan induk berteraskan kesejahteraan
  • Lokasi Aurora dihubungkan dengan lebuh raya utama dan berdekatan dengan kemudahan pendidikan, perubatan, dan rekreasi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!