Petronas jadi operator penerokaan minyak dan gas Blok 18 Oman

Petronas menandatangani perjanjian konsesi dengan kerajaan Oman dan OQEP untuk penerokaan minyak dan gas di Blok 18.
Petronas menandatangani perjanjian konsesi dengan kerajaan Oman dan OQEP untuk penerokaan minyak dan gas di Blok 18.
A
A
A

PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) melalui anak syarikat milik penuhnya, PC Oman Ventures Ltd (PCOVL), menandatangani perjanjian konsesi dengan kerajaan Oman dan OQ Exploration and Production Batinah Offshore LLC (OQEP) sebagai rakan kongsi penerokaan minyak dan gas di Blok 18.

Petronas berkata, Blok 18 merupakan kawasan penerokaan luar pesisir yang besar terletak di timur laut Oman, merangkumi lebih 21,000 kilometer persegi dan menawarkan potensi penerokaan baharu yang ketara merentasi pelbagai keadaan geologi, daripada perairan cetek sehingga ke ultra dalam.

Ia menambah PCOVL telah aktif di Kesultanan Oman sejak 2018 dan kini memegang kepentingan dalam penyertaan di Blok 61.

"Setelah menandatangani perjanjian konsesi ini, PCOVL mengambil alih peranan sebagai operator Blok 18 dengan kerjasama OQEP,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

Naib Presiden Aset Antarabangsa, Mohd Redhani Abdul Rahman berkata, melalui pendekatan penerokaan inovatif mereka dan kepakaran lembangan OQEP, pihaknya menyasarkan untuk bersama-sama membuka manfaat potensi Blok 18 dan menyumbang kepada sekuriti tenaga jangka panjang Oman.

"Penglibatan di Blok 18 adalah selaras dengan komitmen kami terhadap pengembangan portfolio yang berdisiplin, sekali gus menyediakan pilihan strategik merentasi portfolio antarabangsa kami,” tambahnya. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Petronas menandatangani perjanjian konsesi dengan kerajaan Oman dan OQ Exploration and Production untuk penerokaan minyak dan gas di Blok 18
  • Blok 18 adalah kawasan penerokaan luar pesisir yang besar di timur laut Oman dengan potensi penerokaan baharu
  • PCOVL, anak syarikat milik penuh Petronas, telah aktif di Oman sejak 2018 dan memegang kepentingan dalam Blok 61
  • PCOVL menjadi operator Blok 18 dengan kerjasama OQEP setelah menandatangani perjanjian konsesi
  • Petronas dan OQEP bertujuan untuk membuka manfaat potensi Blok 18 dan menyumbang kepada sekuriti tenaga jangka panjang Oman

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!